Monday, May 16, 2011

PR Boleh Rampas Kerajaan Walau Bila Pun PRU, Kata Azmin

           Bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno
Selangor perlu menggunakan 'apa cara sekalipun'. Kenyataan ini dipetik dari kata-kata Najib
           Saya nak tanya Najib dan Rosmah, apa maksud 'apa jua cara' ? (Beri) rasuah, (ugut) bunuh, sogokan atau rampas ? Kalau kenyataan itu datang dari ketua cawangan Umno saya faham tapi ini datang dari Perdana Menteri, dia tidak faham demokrasi ?
Artikel seterusnya ...

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan Pakatan Rakyat bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan berkeyakinan untuk merampas Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) bila-bila masa sekalipun.

Azmin merujuk kepada nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Najib Razak agar pilihan raya umum diadakan tahun depan kerana menurut Mahathir, 'Umno akan tewas jika PRU 13 diadakan tahun ini.

“Saya nak kata kepada Mahathir, jika PRU diadakan tahun depan sekalipun, Insya Allah Umno akan tumbang," kata beliau disambut kira-kira 5 ribu hadirin program Munajat Perdana Rakyat Tolak Fitnah di Stadium Selayang.


“Oleh sebab itu. kita harus bergabung tenaga, bekerja dalam satu pasukan, ini bukan untuk mempertahankan individu tapi sistem yang dapat mengangkat martabat rakyat dan negara,” kata beliau.

“Tapi ia tidak mudah, kita harus bekerjasama, bersatu hati dan beriman kepada Allah... Insya-Allah dengan kesungguhan ini bukan hanya Selangor dapat kita pertahankan, tapi Putrajaya akan jadi milik rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Awal bulan ini, Najib menggesa Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya “sudah hampir tiba.”

Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan 'apa cara sekalipun' Azmin yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor membidas kenyataan Najib tersebut dan mencabar Najib untuk menerangkan maksud 'kemenangan dengan apa cara sekalipun' (winning at all cost) itu.

“Saya nak tanya Najib dan Rosmah, apa maksud 'apa jua cara'? (Beri) rasuah, (ugut) bunuh, sogokan atau rampas? Kalau kenyataan itu datang dari ketua cawangan Umno saya faham tapi ini datang dari Perdana Menteri, dia tidak faham demokrasi?” katanya.

Azmin turut menyatakan betapa rakyat Selangor sepatutnya lebih boleh menilai betapa Pakatan Rakyat jauh lebih berkebolehan mentadbir negeri ini.

"Lihat sahaja negeri Selangor, 3 tahun di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim lebih baik dari 50 tahun Umno," tegas Azmin-Tvs

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...