Berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat dan rakyat jelata, semoga Tuanku cepat-cepat dipertemukan jodoh, Insyallah...
Kelantan bakal menerima Raja Perempuan setelah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, memberi gambaran bahawa baginda bakal berkahwin.
Pada satu sidang akhbar khas di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang semalam bagi mengumumkan mengenai pelancaran Yayasan Kelantan yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Sabtu ini, Sultan Muhammad ditanya sama ada baginda akan berkahwin dan sambil tersenyum, menjawab: “Insya-Allah saya berdoa, Insya-Allah Tuhan akan makbul.”
Sultan Muhammad, 42, yang mudah membahasakan diri baginda sebagai “saya” atau “kita”, berharap berkat doa pemimpin dan pembesar negeri serta sahabat, perkahwinan baginda akan menjadi kenyataan.
“Jadi saya fikir Insya-Allah dengan berkat doa Tok Guru, datuk-datuk, sahabat-sahabat, Insyallah berjaya,” titah baginda dipetik Bernama hari ini.
Sultan Muhammad, yang dimasyhurkan pada 13 September lalu bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu.
Baginda, yang terkenal dengan sifat mendekati rakyat dengan berkopiah dan berjubah, adalah putera sulung Sultan Ismail Petra.
Baginda dan bekas isteri, Tengku Zubaidah Tengku Norudin, tidak dikurniakan cahaya mata.-TMI
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment