Thursday, May 5, 2011

Nizar kepada Dr Juanda: Umno parti perkauman

              PAS tidak perlu bersatu dengan UMNO. Sudah lama PAS berjuang menentang dasar dasar pimpinan Umno yang zalim menolak hukum-hukum agama...kenapa pula hari ini dibesar-besarkan perpaduan antara PAS dan UMNO?  Perpaduan ini hanyalah gimit politik UMNO yang ingin menarik  sokongan melayu untuk kepentingan politik mereka yang hampir musnah.


           Jika nak bersatu hanya diatas nama politik Melayu, boleh lupakan saja. Jika diatas nama Islam, masa bila pula UMNO bicara soal ISLAM.? Lihat sajalah  peribadi pemimpin UMNO, banyak membelangkangi hukum-hukum agama dengan fitnah seks video dan liwat.  
        
          Nizar sebagai Ahli jawatankuasa Pas Pusat pula menyelar Mufti Perlis itu yang menyifatkan mereka yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam dan pengikut Khawarij
.
       Katanya lagi ..Di mana dalam al Quran, hadis, qias, atau ijma’ ulama’ disebut bahawa perjuangan berteraskan kebangsaan (perkauman) dibenarkan oleh Islam?

Kenyataan selanjutnya dari Datuk Seri Nizar ...
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyelar kenyataan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang menyifatkan mereka yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam dan tergolong sebagai pengikut Khawarij.

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak dan Ahli Parlimen Bukit Gantang menyoal Dr Juanda samada perjuangan berdasarkan nasionalisme dan perkauman dibenarkan dalam agama Islam.

“Di mana dalam al Quran, hadis, qias, atau ijma’ ulama’ disebut bahawa perjuangan berteraskan kebangsaan (perkauman) dibenarkan oleh Islam?


“Dr Juanda kata penentang kesatuan PAS-Umno berfikrah Khawarij, kenapa Umno tak sanggup ubah dasar perjuangan kepada Islam berteraskan Quran dan Sunnah?,” soal beliau yang dipetik dalam blog mikro Twitter.

Khawarij merupakan kelompok Muslim yang pada mulanya menyokong pemerintahan Khalifah Saidina Ali bin Abi Talib tetapi kemudian menolak dan menentang kepimpinan beliau malah membunuhnya.
Nizar menegaskan, “Perkembar adalah parti perkauman!”

Beliau merujuk Umno sebagai Perkembar kerana singkatan Umno dalam bahasa Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

“Umno dalam bahasa Melayu adalah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Perkembar. Kenapa tak berani sebut kepada orang Melayu gelaran itu? Kalau sebut, mereka akan tinggalkan Umno,” ujar beliau.

Beliau turut memetik ayat 103 Surah Ali Imran yang bermaksud: “Dan berpeganglah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai.”

Juanda dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia berkata pihak yang menentang penyatuan Umno-PAS adalah pengkhianat Islam dan boleh dianggap pengikut Khawarij.

“Penyatuan (Umno dan PAS) sebenarnya adalah wajib khususnya untuk kekuatan Islam dan Malaysia amnya. Semua pihak wajib berusaha ke arah itu,” kata Juanda.

Ramai pemimpin Umno termasuk Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Penerangan parti Datuk Ahmad Maslan turut mencanangkan idea penyatuan Umno-PAS sebelum ini.-FMT

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...