Wednesday, May 4, 2011

Polis jadi agen politik Umno, KPN dituntut beri penjelasan

Di manakah letaknya Mesra Cekap dan Beramanah serta Intergeriti Amalan Kita? 



            Gambar -Azmin turut menunjukkan bukti bergambar program berkenaan yang menunjukkan pegawai kanan polis sedang berucap di hadapan guru-guru terbabit dalam ‘Seminar isu-isu keselamatan negara masa kini'. Selain daripada itu pegawai kanan polis mengambil kesempatan untuk menyebarkan fitnah liwat tehadap Anwar kepada guru-guru terbabit.  
                          Sepatutnya pihak polis biarlah bersikap profesional dan bertindak mengikut kebenaran dan keadilan mengikut undang-undang yang tersedia ada. Bukan menjadi budak suruhan kepada parti politik UMNO. Di manakah letaknya Mesra Cekap dan Beramanah serta Intergeriti Amalan Kita? 
Berikut kenyataan penuh Saudara Azmin Ali... 

KEADILAN menuntut penjelasan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar berhubung sikap pegawai kanan polis yang menjadi agen kepada Umno-Barisan Nasional.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamad Azmin Ali berkata, beliau merujuk tindakan salah seorang pegawai kanan polis, Datuk Dr Haji Abd Rahman Ismail dari cawangan khas yang mempergunakan pejabat Pelajaran Daerah Bachok, Kelantan bagi menyebarkan fitnah kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fitnah itu, katanya, dibuat pada program ‘Seminar isu-isu keselamatan negara masa kini yang dirasmikan Timbalan menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussinbertarikh 19 Februari 2011 di Dewan Sri Bentara, Sekolah Menengah Beris Panchor.


Menurutnya, program tersebut merupakan satu daripada 4 siri seminar yang melibatkan 2000 warga pendidik di seluruh negeri Kelantan.

Dalam sidang media itu, Azmin turut menunjukkan bukti bergambar program berkenaan yang menunjukkan Abdul Rahman sedang berucap di hadapan guru-guru terbabit.

Selain menyebarkan fitnah kepada Anwar dan pembangkang, Abdul Rahman turut didakwa memfitnah keluarga mangsa tragedi Memali.

“Seminar yang disampaikan oleh SAC 1 Ismail Abd Rahman bukannya mengenai keselamatan negara, tetapi mengupas mengenai isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga menyentuh mengenai tragedi Memali, di Kedah,” tegas Azmin.

“Apakah jaminan ketua polis negara dan timbalan ketua polis negara untuk memastikan institusi polis yang berwibawa terhadap keselamatan negara ini, jika mereka sendiri terlibat dengan agenda politik Umno dan Barisan Nasional

“Sila jawab persoalan ini dengan jujur,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian dan Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...