Sunday, May 29, 2011

Umno Semai Ciri-Ciri Pemerintahan Firaun, Kata Anwar

UMNO persis Firaun.. menghalalkan cara, meski pun bertentangan dengan agama mereka sendiri. Hukum Islam mereka ketepikan asalkan Najib dapat mengekalkan kuasa. Biarpun dilihat jijik, jahat dan khianat kepada rakyat 
         
          Ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan.
            Ada ciri Firaun. Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno.
         Siapa yang jahat, bunuh orang, zalim pada orang, buat cerita lucah, fitnah orang, aibkan orang, kes bunuh tutup, rasuah tutup, bodohkan rakyat, (maka) saya kata siapa yang politik begini, ‘pandikutty’


Artikel penuh kenyataan Anwar ...
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sistem amalan pemerintahan Umno-Barisan Nasional (BN) kini kian menyimpang dari landasan Islam apabila cuba menghidupkan kembali ciri-ciri masyarakat Jahiliah yang menyamai corak pemerintah Firaun.

Katanya, ini kerana Umno-BN bukan sahaja membiarkan budaya fitnah berleluasa sebaliknya mempertahankan tindakan tersebut.

“Fitnah bukan sahaja dibiar, tetapi dipertahankan. Ini sebahagian kita tidak percaya, bila fitnah dipertahankan, sistem itu rosak. (Ini) ciri masyarakat jahiliah," ujarnya.


“Kita tidak kata sekarang ini (zaman) jahiliah tapi ada orang berilmu guna media pertahankan fitnah. Ini sistem apa? Ini bukan sistem Islam. Ini sistem yang kita tolak yang disebut berulang kali oleh ulama besar yang menyifatkan Islam bukan pada slogan, bukan pada Umno,” kata Ketua Umum PKR itu di Markaz PAS Parit Pechah, Muar, semalam.

Anwar kini dihujani pelbagai fitnah yang dilemparkan oleh UMNO sejak 13 tahun lalu. Beliau dihambat dengan kes Liwat I dan II, paling terbaru beliau dikaitkan dengan video seks yang disebarkan oleh trio Datuk T.

Bukan itu sahaja,malah isteri, anak dan cucu beliau juga turut terkena tempias gelora politik kotor UMNO ini.

Menurut Anwar, ciri-ciri pemerintahan Firaun tidak ubah seperti corak regim Umno apabila sanggup mengenepikan undang-undang dan berlagak seperti Tuhan.

“Ada ciri Firaun. Firaun cakap kamu bicara apa yang aku mahu. Kamu mesti kata apa yang aku sebut. Hakim juga ikut Firaun, bukan undang-undang, polis juga ikut perintah Firaun. Ini ciri-ciri orang Umno.

“Siapa yang jahat, bunuh orang, zalim pada orang, buat cerita lucah, fitnah orang, aibkan orang, kes bunuh tutup, rasuah tutup, bodohkan rakyat, (maka) saya kata siapa yang politik begini, ‘pandikutty’,” katanya.

Justeru, Anwar berkata, beliau mahu mengetuai gerakan rakyat untuk menumpaskan riwayat Umno yang hanya terus-terusan memperbodoh Melayu dan umat Islam, sekian lama.

“Kita lawan orang zalim, kita lawan sistem zalim. Memperbodohkan rakyat – itu saya tolak dan tentang.

“Bagaimana parti yang memerintah sanggup berbuat begini? Umno memperbodohkan umat. Media dipergunakan untuk menutup kesalahan Umno, semua yang dilaporan, kebaikan Umno,” katanya.

Anwar berkata demikian dalam ceramah di hadapan kira-kira 2,500 orang dalam Ceramah Umum Pakatan Rakyat di Parit Pecah, Muar Johor malam tadi.

Kedatangannya ke Johor kali ini disambut dengan beberapa trak Unit Simpanan Persekutuan atau FRU dan kawalan ketat puluhan anggota polis yang tiba seawal jam 7 malam lagi.

Namun ceramah kali ini mendapat kerjasama pihak polis yang mensyaratkan supaya program itu tidak menghalang lalu lintas kawasan ini.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya PAS Johor, Dato Dr Mahfodz Mohamed, Pengerusi PKR Johor, Dato Dr Chua Jui Meng, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.-tvsn

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...