Sunday, May 22, 2011

Gegar ajak rakyat desak Petronas bayar royalti

           Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) menyeru orang ramai tanpa mengira fahaman politik, agama, latar belakang kaum dan jantina supaya sama-sama bangkit menuntut royalti petroleum dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan.

Seruan sama ditujukan kepada semua pihak termasuk anak Kelantan di perantauan yang berada di seluruh Malaysia.

“Sama-sama kita menuntut royalti petroleum itu supaya dibayar kepada Kerajaan Kelantan demi kesejahteraan rakyat, selaras dengan perjanjian yang telah disepakati bersama,” satu kenyataan media Gegar yang dikeluarkan di sini pagi tadi.


Serentak dengan itu pengerusi bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusoff dan Mohamad Fauzi Abu Samah dalam satu kenyataan medianya bertarikh 20 Mei 2011 (semalam) mempertikaikan pembayaran royalti petroleum yang dibuat kepada kerajaan Terengganu sebanyak RM938 juta (secara berperingkat sehingga Jun 2011).

Mereka mendakwa, pembayaran itu ‘cukup mengelirukan’.

Ini kerana royalti kepada kerajaan Kelantan tidak dapat dibayar sedangkan hujahnya sama dengan Terengganu iaitu ‘di luar perairan’ (lebih tiga batu nautika) digunakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika menafikan hak rakyat Kelantan dan Terengganu bagi mendapatkan royalti petroleum dalam jawapannya di Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Jika hujah itu digunakan, maka selama ini Perdana Menteri telah menipu dan cuba memperbodohkan rakyat sendiri dalam kes Terengganu dibayar royalti petroleum itu, tetapi Kelantan tidak dibayar,” dakwanya.

Akta Kemajuan Petroleum 1974 Seksyen 4 telah menetapkan supaya perbadanan (Petronas) hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai kepada kerajaan negeri sebagai balasan bagi ‘pemunyaan’ dan hak bagi negeri tersebut.

Dan berasaskan kepada perjanjian yang sama yang telah dibuat antara Petronas dengan Kerajaan Persekutuan, Petronas dengan Terengganu, Petronas dengan Kelantan, Petronas dengan Sabah dan Petronas dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru, Gegar menggesa pihak polis supaya mengambil tindakan segera ke atas orang yang memukul aktivis Gegar berhampiran Masjid Kampung Sireh dekat sini baru-baru ini ketika aktivis itu sedang memasang banner royalti petroleum.

“Kami difahamkan, pemukul terbabit ialah Penyelia Mukim dan bekas Ketua Cawangan Umno Kampung Sireh.

“Bagi kami, tindakan memukul aktivis Gegar itu merupakan tindakan tidak bertamadun dan ketinggalan zaman,” tegasnya.-Hrkh

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...