Saturday, May 28, 2011

Lagi Laporan Polis Desak Siasat Segera Dalang Sebar Video Lucah

             Persoalannya di sini bukan soal Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan soal Datuk Seri Najib, bukan soal Tan Sri Muhyiddin Yassin. Persoalan pokoknya ialah bagaimana video ini disebarkan dengan begitu meluas tanpa penglibatan atau sekatan pihak-pihak berkuasa. Jadi dipercayai wujudnya satu gerakan terancang untuk menyebarkan video ini dari rumah ke rumah,
Artikel kenyataan penuh Shuhaimi Shafie ...
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Selangor Shuhaimi Shafie membuat laporan polis mendesak agar satu siasatan segera dilakukan berhubung penyebaran VCD lucah dan fitnah terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Keadilan Selangor melihat bahawa kalau benar VCD yang disiarkan kepada rakan media di Carcosa itu yang asli, sekeping, bagaimana yang sekeping itu terlepas di tangan polis dan diupload di internet sedemikian rupa," kata Suhaimi dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini.

Shuhaimi menyatakan kehairanan beliau mengenai bagaimana video tersebut bolos di internet sedangkan trio Datuk T yang menayangkan video tersebut kepada media Mac lalu mengaku hanya mereka mempunyai salinan berkenaan dan telahpun menyerahkannya kepada pihak Polis.



"Persoalannya di sini adakah polis bersekongkol, terlibat menandatangai memorandum persefahaman dengan Datuk T. Datuk T kata hanya ada satu salinan. Adakah Polis bersekongkol atau memang ada salinan lain dengan Datuk T?," kata beliau.

Pemberian dan penyebaran VCD tersebut dikesan berleluasa pada kempen Jelajah Selangor (Jelas) PKR sejak awal bulan ini di Semenyih, Kuala Langat, Tanjung Karang, Subang dan Sabak Bernam, dan Selayang.

Dua hari lalu, Ketua kampung dari 8 kampung buah kampung di Shah Alam dan Klang menerima 4 salinan VCD tersebut setiap seorang melalui Pos.

Tanpa menuduh mana-mana pihak, Shuhaimi melahirkan kebimbangan terdapat gerakan sistematik dan terancang dalam penyebaran VCD ini dengan agenda untuk memburuk-burukkan PKR dan Pakatan Rakyat berdasarkan sasaran penyebaran kepada rakyat dan pemimpin akar umbi seperti Ketua-ketua kampung.

Malah, menurut Shuhaimi tidak mustahil VCD lucah itu akan dihantar dari rumah ke rumah pula selepas ini.

"Persoalannya di sini bukan soal Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan soal Datuk Seri Najib, bukan soal Tan Sri Muhyiddin Yassin. Persoalan pokoknya ialah bagaimana video ini disebarkan dengan begitu meluas tanpa penglibatan atau sekatan pihak-pihak berkuasa. Jadi dipercayai wujudnya satu gerakan terancang untuk menyebarkan video ini dari rumah ke rumah,"ujar beliau.

Justeru Shuhaimi mendesak polis supaya bertindak kerana jawapannya boleh didapati dengan mereka yang paling awal menyebarkan video berkenaan - Datuk T, yang dianggotai oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

"Jadi saya desak pihak polis kalau perlu tahan, tahanlah Datuk T supaya dapat tahu siapa yang terlibat 'sebarkan' video lucah ini," tegas beliau.-tvsnews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...