Sebelum ini, MIC sememangnya turut sama mengutuk penganjur Bersih itu yang sering dikeji dan diburuk-burukkan dan dituduh menyebelahi Pakatan Rakyat serta menentang pentadbiran Najib.
Walaubagaimanapun, ketidakpuasan hati dikalangan masyarakat India sudah tidak dapat dibendung lagi dan MIC mungkin sudah berada dipersimpangan sama ada mempertahankan Ambiga atau mendapat balasan daripada kaum India dala pilihanraya yang akan datang.
Lambat mempertahankan
Maklumbalas MIC itu datang setelah Pakatan Rakyat mengecam Umno kerana memanggil Ambiga seorang “pembunuh”, DAP juga sudah bersedia untuk membuat laporan polis terhadap ahli parlimen Sri Gading Mohamad Aziz, hanya sehari lepas mengatakan bahawaAmbiga patut digantung.
“Tidak patutkah kita gantung sahaja Ambiga kerana menderhaka terhadap Agong? Penderhaka sepatutnya dihukum seteruk yang mungkin,” Mohamad Aziz berkata dalam Parlimen pada malam selasa.
Ambiga pula membalas dengan mengatakan bahawa penderhaka sebenar adalah mereka yang memberi kerakyatan kepada pekerja asing untuk mendapatkan undi BN dalam pilihanraya dan bukannya orang seperti beliau yang memperjuangkan pilihanraya yang bersih dan bebas.
Adakah ini ikhlas?
Sejak Perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 2011 dan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, di manalebih 250,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka untuk memperjuangkan pembersihan sistem pilihanraya, Ambiga telah menjadi sasaran pemimpin Umno.
Pemerhati telah menuduh kumpulan yang berkait dengan Umno menentang beliau demi mewujudkan perasaan benci rakyat bangsa Melayu terhadap beliau untuk melumpuhkan sokongan kaum itu terhadap Bersih.
Setelah berlakunya Bersih 3.0, mereka telah mengadakan gerai jual burger dihadapan rumah beliau, juga memasak daging lembu di sana walaupun beliau seorang Hindu yang tidak memakan daging lembu. Yang menjelikkan adalah sekumpulan veteran askar membuat senaman kurang sopan dihadapan rumah beliau dengan mempamirkan bontot mereka kea rah rumah beliau untuk menunjukkan kebencian mereka.
MIC telah membidas mereka yang mempersoalkan kenapa ia tidak mengutuk kumpulan yang berkait dengan Umno itu dan menuduh pembangkang menimbulkan isu perkauman untuk mendapat perhatian komuniti India.
“Mereka tidak menyetujui protes sebegitu. Sememangnya Ambiga sebahagian daripada komuniti kita dan kemarahan rakyat terhadap beliau adalah kerana peranan beliau dalam Bersih,” Ujar S Subramaniam, timbalan kepada Palanivel pada bulan Mei.
Walaubagaimanapun, kelihatan seperti Palanivel telah memilih jalan yang lebih strategik dengan mempamirkan simpati beliau yang juga dipersoalkan keikhlasannya.
“Kenapa mereka ini tidak berdemonstrasi atau buat gerai burger dihadapan pemimpin Bersih yang lain? Perdana Menteri dan pemimpin BN lain sepatutnya menghentikan perkara ini. Ini akan memberi kesan kepada pengundi India yang menyokong BN sekarang,” ujar Palanivel.
Perkauman, agama, ekstrimis dan sexism- sifat siapa?
Walaupun tanpa dikecam MIC, tindakan terhadap Ambiga ini dikecam dan beliau sebenarnya telah memperoleh lebih banyak rasa hormat daripada sebelum ini kerana tidak membalas provokasi tersebut dengan kemarahan.
Bekas presiden Majlis Peguan itu adalah penerima anugerah Keberanian Wanita daripada AS dan Knight of Legion of Honour dari Perancis.
“Jelas kenyataan-kenyataan yang dibuat berunsur provokasi untuk melahirkan ketegangan, ekstrimism dan perkauman. Ia ditujukan kepada beliau kerana beliau seorang wanita, hindu dan bangsa India,” ujar setiausaha DAP Lim Guan Eng pada sidang akhbar rabu lepas.- malaysia-chronicle
No comments:
Post a Comment