Terdahulu,pada tarikh yang sama Abby dijadual akan menyampaikan satu forum yang bertema “Untuk Mu Wanita” di perkarangan Pejabat Majlis Agama Islam Selama(MAIS).Namun program tersebut telah dibatalkan di saat-saat akhir oleh pihak MAIS biarpun pengiklanannya telah tersebar meluas di seluruh kawasan Larut sejak sebulan yang lalu.
Dikhabarkan tindakan pembatalan itu dibuat atas arahan Menteri Besar Perak,Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Khadir yang tidak senang melihat keakraban Abby dengan PAS sejak mutakhir ini
Ekoran daripada pembatalan program tersebut,PAS Larut telah mengambil satu inisiatif dengan menjemput Abby sebagai salah seorang penyampai forum yang bertemakan “Ambang Ramadhan” pada tarikh yang sama di lokasi yang berbeza iaitu Batu Kurau.
Dalam Forum yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Larut,Ustaz Akmal Kamaruddin,Abby sempat meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak yang membatalkan programnya di Selama.”Saya tak pasti,mungkin kehadiran saya di kawasan ini boleh mengancam keselamatan negara” katanya dengan nada sinis.
Di samping berkongsi pengalaman hijrahnya ke dalam dunia dakwah,Abby sempat menyeru kepada seluruh hadirin yang hadir agar berusaha untuk berubah menjadi manusia yang terbaik dengan cara berbalik kepada Al-Quran dan patuhi segala hukum yang telah ditetapkan Allah.
“Siapalah kita nak melawan ketetapan Allah SWT dan sebagai manusia adalah menjadi satu tanggungjawab untuk saya dan anda saling ingat mengingati. Ujarnya lagi
Ditanya apakah harapannya kepada PAS,Abby menjawab,biarpun dirinya masih belum menjadi Ahli PAS,tetapi beliau menyokong sepenuhnya perjuangan PAS terutamanya dalam membebaskan rakyat di Negara ini daripada kezaliman pemerintah sedia ada.
“Sebagai contoh,penahanan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA),ia adalah satu perbuatan yang zalim dan saya sangat tidak bersetuju dengan itu.
Menurut Abby,ISA telah menafikan hak rakyat untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya,tahanan dipisahkan daripada isteri dan anak-anak dalam tempoh yang panjang sedangkan masih belum terbuktipun kesalahan apa yang mereka lakukan.Kenapa mereka tidak dibicarakan?
Bebarapa minit sebelum berakhirnya program ,Abby telah menyatakan hasratnya untuk menyertai protes Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) bagi menuntut pembebasan 45 tahanan ISA pada 8 Julai ini di hadapam Kem Tahanan Kamunting(KEMTA)
“Saya akan sertai protes menuntut pembebasan 45 tahanan ISA,entah kenapa malam ini hati saya tergerak untuk bersama-sama dengan rakyat turun berhimpun bagi menuntut secebis keadilan”Ujar Abby lagi”- Sumber-http://persepsikitaberbeza.blogspot.com
No comments:
Post a Comment