Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebebasan media yang dimaksudkan Umno BN adalah akhbar yang dikuasai mereka bebas memfitnah parti Pembangkang setiap hari.
“Mereka (Umno BN) hentam, maki dan fitnah kita setiap hari, inikah dinamakan kebebasan media? ” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya kerajaan tidak menyekat kebebasan media di negara ini dan sentiasa mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan media memainkan peranan dalam proses demokrasi.
Anwar berkata demikian di hadapan 3,000 hadirin pada Ceramah Merdeka Rakyat di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam, 19 Julai lalu.
Menurut Ketua Umum KEADILAN itu, berikutan fitnah melampau Umno BN, beliau memutuskan menyaman akhbar kawalan parti itu, Utusan Malaysia.
“Peguam Utusan Malaysia kata ini bukan fitnah, ini hanya keterangan. Utusan tiada maksud nak memfitah..Utusan tak pernah kata Anwar menyokong homoseksual.
“Saya kata sudah 14 tahun Utusan fitnah saya. Tidak ada langsung nilai akhlak yang baik untuk menjaga maruah orang.
“Langsung tiada perasaan untuk menolak makan duit haram tetapi memilih untuk menipu dan memfitnah setiap hari.
“Apa yang tidak fitnah? Kata saya ajen Israel, Kristian kemudian Hindu…(hubungan) dengan lelaki, perempuan. Lepas ni dengan ‘lembu’ pula. Saya memilih untuk saman sebab sudah keterlaluan,” katanya.
Anwar hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 18 Julai lalu sebagai saksi pertama kes saman fitnah beliau terhadap Utusan berkaitan isu memutar belit kenyataannya dalam wawancara BBC.
Tindakan itu ekoran akhbar tunggangan Umno itu mengatakan beliau menghalalkan homoseksual dalam terbitannya 17 Januari lalu.
Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, beliau tidak pernah mendukung hubungan sejenis tetapi tidak bersetuju dengan undang-undang sedia ada kerana dianggap zalim.
“Bila ditanya BBC, selepas dibebaskan daripada tuduhan liwat apa pendapat kamu tentang hubungan sejenis? Saya jawab, sebagai orang Islam dan saya percaya orang bukan Islam di negara kita menerima kemuliaan institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan.
“Kita tidak mendukung hubungan sejenis. Cuma saya tidak bersetuju dengan undang-undang sedia ada kerana zalim. Tak ‘bocor’ dan tiada saksi pun dia boleh dakwa. Tapi tafsiran Umno dan Utusan Malaysia saya menyokong homoseksual,” katanya.-Keadilandaily.
No comments:
Post a Comment