Friday, July 6, 2012

Skandal LRT Ampang: Siasat Najib bukan Rafizi

    
              Presiden PKR Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail (gambar) menyelar tindakan pihak polis melakukan siasatan terhadap Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
                 Menurutnya, tindakan terbaru terhadap Rafizi yang sebelum ini mendedahkan butir-butir kontrak LRT Ampang itu lebih kepada melindungi mereka yang berkuasa.

"Ini jelas menunjukkan bahawa siasatan peringkat tinggi pihak polis terhadap Rafizi adalah bertujuan untuk melindungi PM dan untuk menakut-nakutkan serta mengganggu Rafizi.


"Rafizi telah mendedahkan penyelewengan dana. Beliau sepatutnya dipuji dan bukannya ditindas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi sebelum ini mendedahkan tender tersebut telah diberikan kepada pembida yang tidak berkelayakan iaitu George Kent yang juga melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bakri Zinin bagaimanapun semalam mengumumkan bahawa perkara tersebut sedang disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan dokumen sulit kerajaan.

Dalam isu ini ujar Azizah, pihak polis dilihat lebih berminat untuk mempertahankan OSA, satu undang-undang zalim yang digunakan untuk melindungi mereka yang berkuasa.

"Mengapa kontrak projek infrastruktur awam dibayar dengan menggunakan wang rakyat yang diletakkan sebagai rahsia negara? Apakah butiran yang didedahkan ini akan menjejaskan keselamatan negara kita," soal Azizah lagi.

"Jika pihak Polis mahu memulihkan kredibiliti mereka, hentikan usaha menakutkan dengan siasatan OSA terhadap Rafizi sebaliknya menyiasat peranan Najib sebagai suspek dalam kontrak pembinaan tambahan LRT laluan Ampang," katanya.-Hrkhdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...