Tuesday, July 10, 2012

DAP90: Nik Aziz enggan ulas, karut semua tu


             Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, enggan mengulas laporan muka hadapan Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa DAP bakal bertanding di 90 kawasan Parlimen pada PRU13 nanti.
Bagaimanapun, beliau hanya berkata “karut semua tu”.
             Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung perkara itu selepas majlis perjanjian pusat kitar semula dan kompas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam di sebuah hotel, di sini petang tadi.

Katanya, beliau tidak mahu mengulas berhubung perkara itu apa lagi ianya tidak membabitkan soal PAS.

“Saya hanya nak jawab apa yang berkaitan dengan PAS sahaja,” ujarnya.


Walaupun bila ditanya adakah ianya hanya spekulasi murahan Umno, Tuan Guru tetap tidak mahu mengulasnya.

Pada masa yang sama beliau turut menyangkal PAS telah sasar beberapa kerusi yang ingin ditandingi, sebaliknya memberitahu selepas sahaja parlimen dibubarkan, ianya akan ditentukan jumlah kerusi yang bertanding dan bukannya sekarang.-Harakahdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...