Thursday, July 19, 2012

Tak usah banyak alasan, Najib memang takut debat


               Alasan kerajaan kononnya perdebatan sesuai dibuat di Parlimen hanya untuk menutup ketakutan Datuk Seri Najib Razak berdebat bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
              Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, keengganan Perdana Menteri itu tidak perlu ditutupi kerana umum tahu seberapa banyak alasan pun, pokoknya, Najib memang takut berdebat.

“Sebab itulah mereka takut berdebat. Lagi banyak cakap, lagi banyak keburukan terkeluar. Tambah pula, mereka tidak boleh menjawab isu-isu yang dibawa Pakatan Rakyat.


“Mereka (Umno) tahu PR kalau bercakap, lebih banyak fakta. Itu semua alasan mereka takut debat. Sekarang rakyat hanya tunggu debat Najib Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada Keadilan Daily.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan perdebatan cukup hanya di Dewan Rakyat.

Azmizam menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai dangkal malah memalukan dirinya.

Kata beliau, Muhyiddin perlu sedar negara ini tidak mengamalkan ketelusan dalam laporan media terutama arus perdana, sebaliknya hanya menyiarkan berita di pihak kerajaan.

“Memang berlaku perdebatan dalam Parlimen, tapi rakyat tidak pernah tahu. Beliau juga lebih tahu laporan Parlimen yang disiarkan di TV telah disunting.

“Kalau kita bandingkan dengan Taiwan, jika Parlimen bermula, mereka wujudkan saluran TV khas secara langsung untuk rakyat menilai dan mendengar perdebatan wakil rakyat mereka,” jelas Azmizam.

Tambah beliau, sikap berdolak dalik membuktikan Umno BN terlalu takut berdepan Pakatan Rakyat.

“Kalau Timbalanpun cakap debat lebih sesuai hanya di Parlimen, rakyat patut fikir, layakkah beliau diangkat sebagai Perdana Menteri kelak.

“Pemimpin Umno perlu terima arus politik semasa, bukan lagi memberi seribu satu helah mengelak berdebat,” katanya.-Keadilandaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...