“Kenyataan terbaru (Datuk Seri) Najib (Razak) menunjukkan kerajaan selama ini seolah-olah menipu rakyat dengan mengatakan ISA adalah undang-undang telus yang digunakan untuk keselamatan negara dan tidak pernah disalahguna,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri semasa berucap di hadapan penjawat awam di Putrajaya mengatakan ISA dimansuh kerana tidak membantu survival politik pemerintah, malah menyemarakkan kemaraan politik orang yang ditahan.
Syed Ibrahim berkata, kenyataan itu juga menunjukkan pemansuhan ISA bukan atas dasar kerajaan benar-benar ingin berubah dan menghormati tuntutan rakyat, tetapi lebih untuk menjaga kepentingan politik BN yang semakin tergugat sejak tsunami politik 2008.
“Oleh kerana kezaliman ISA telah menjadi elemen motivasi yang memacu kebangkitan rakyat, maka secara terdesak kerajaan terpaksa mansuhkan kata itu,” katanya dalam kenyataan bersama Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Syukri Razab.
Menurut mereka, Najib seperti mengiktiraf segala tindakan seperti tangkapan tanpa bicara, menyeksa serta mengurung tahanan sebagai langkah rasmi yang direstui kerajaan untuk mengekang kebangkitan seteru politik pemerintah.
“Tanpa menyesali segala penyeksaan dalam ISA, Najib sebaliknya seperti mengiktiraf segala kerja kotor yang berlaku dan tidak menyifatkannya sebagai satu kesalahan,” tambah mereka lagi.
“Jika Najib menyifatkan ISA sebagai gagal mengekang kemaraan politik lawan, maka apakah Akta Kesalahan Keselamatan (Sosma) yang menggantikan ISA akan mengambil alih tugas tersebut dengan lebih berkesan?” soal mereka tegas.
Justeru, GMI menuntut Najib segera memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada bekas-bekas tahanan dan keluarga yang dizalimi.
Kesalahan Keselamatan untuk membatalkan perintah tahanan sekaligus membebaskan semua tahanan atau beri hak perbicaraan di mahkamah.
“Kami juga mahu Suruhanjaya Keadilan dan Rekonsiliasi ditubuhkan bagi menyiasat kes-kes penyeksaan dalam tahanan ISA dan membawa pihak yang terbabit ke muka pengadilan. Tahanan ISA dan keluarga juga perlu diberi pampasan setimpal dengan penderitaan mereka alami,” kata mereka.
Tambah mereka, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) yang digubal bagi menggantikan ISA kerana berisiko untuk disalah guna seperti mana kerajaan telah menyalahgunakan ISA hendaklah ditarik balik atau digubal.- Keadilandaily
No comments:
Post a Comment