Friday, July 27, 2012

Awang Adek dimalukan dengan isu KGT - Aslani M .


              Percubaan Umno Kelantan bertenggek di atas isu Kelantan Golden Trade (KGT) akhirnya terlodeh apabila polis menjelaskan tiada sebarang penyeleweng terhadap urus tadbir agensi terbabit.
              Sedangkan sebelum ini Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein memberi tempoh 21 hari supaya kerajaan negeri menyiasat dakwaan penyelewengan KGT.

“Hari ini, KGT disahkan bersih, sedangkan Awang Adek yang dikaitkan dengan pelbagai dakwaan salah guna kuasa sejak akhir-akhir ini masih belum terbukti tidak bersalah.


“Sepatutnya beliau merasa malu dengan kenyataannya sebelum ini kerana mengutip maklumat di tepi jalan bagi memburukkan kerajaan negeri,” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Semalam Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam satu kenyataan media mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dalam isu penyelewengan KGT.

Sehubungan itu, Pemuda PAS Kelantan melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Umno dan NGO tajaan mereka yang melontarkan pelbagai tuduhan dan tohmahan terhadap KGT.

Kata beliau juga sepatutnya Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad dan beberapa NGO Umno merasa aib di atas tindak tanduk mereka selama ini.

“Sewajarnya Wan Khairul Ihsan yang baru menyertai Umno April 2010 menumpukan kepada skandal pemimpin parti itu yang masih belum dibersihkan mana-mana pihak,” ujarnya.

Katanya, sebagai “orang baru” dalam Umno Wan Khairul masih belum mampu membantu parti itu biar pun pelbagai tindakan dilakukan termasuk menyertai demontrasi di hadapan Kota Darulnaim.

“Mungkinkah Wan Khairul ingin membuktikan kepada pimpinan Umno bahawa beliau layak diketengahkan sebagai calon pilihanraya dengan mengenepikan tokoh-tokoh lebih senior,” tambahnya.-Harakahdaily.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...