Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat isu skandal campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam projek tambahan LRT Ampang bernilai RM960 juta yang dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang diterajui syarikat George Kent menandakan negara ini bakal menuju kehancuran.
“Dalam pendedahan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR mendakwa laporan dari Halcrow, sebuah perunding kejuruteraan terkemuka dunia membuktikan bahawa George Kent JV tidak mempunyai kemampuan dalam teknikal dan kewangan
,” ujar Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, George Kent juga didakwa tidak ada kepakaran membina projek LRT dan hasil rekod projek syarikat George Kent juga membuktikan bahawa syarikat itu hanya pernah mengendalikan projek bernilai RM40 juta yang tidak memenuhi kriteria projek LRT Ampang yang bernilai RM1 bilion.
Sehubungan itu, kata Riduan pihaknya merasakan campur tangan PM dalam urusan pengendalian projek ini amat serius dan perlu diberi perhatian sewajarnya.
Soalnya, kata beliau apakah PM mahu menggadaikan keselamatan orang awam dengan syarikat yang tidak memenuhi spesifikasi projek.
“Mengapa begitu beria-ia PM menganugerahkan projek kepada syarikat ini walhal telah dilaporkan bahawa syarikat ini sememangnya tidak layak mendapat projek ini?
“Adakah sesuatu kepentingan lain diperolehi oleh PM atau ahli keluarganya melalui penganugerahan projek ini?” kata beliau.
Dalam hal ini, tambahnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menutup mata melihat skandal sebesar ini berlegar di depan mata tanpa tindakan.
Menurutnya, skandal itu menguji integriti badan itu dan mahu melihat sejauh mana wibawanya bagi mengendalikan skandal sebesar ini.
Namun demikian, ujar Riduan ramai boleh mengagak bagaimana kesudahan episod kisah ini dan siapa yang akan untung dan terselamat, sebaliknya siapa pula yang bakal terjerat dan disiasat.
“Kesemua pendedahan ini menunjukkan bahawa sudah sampai masanya era pemerintahan BN berakhir kerana para pemimpin negara pada hari ini sudah terlalu bermasalah dan berpenyakit,” ujarnya.
Justeru, ujar beliau dalam beberapa bulan akan datang, entah berapa banyak lagi projek sulit akan didedahkan yang menggemparkan dan mensensasikan negara.-Hrkhdaily
Suara Rakyat, Suara Keramat. Ubah Sebelum Parah. Undi Anda Membawa Perubahan. Undi Apa Saja Sekali Pun, Asal Bukan UMNO-BN
No comments:
Post a Comment