“PKR memang OK dengan September kerana kita sudah menjangka ia pada Julai lalu. Tetapi kita lihat sahajalah jika ini hanya satu permainan Najib dan UMNO atau suatu fakta kukuh,” ujar naib presiden PKR, Ahli Parlimen Batu Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Tuesday, July 31, 2012
Pakatan sedia PRU-13 September, Najib mungkin tarik diri di saat akhir!
“PKR memang OK dengan September kerana kita sudah menjangka ia pada Julai lalu. Tetapi kita lihat sahajalah jika ini hanya satu permainan Najib dan UMNO atau suatu fakta kukuh,” ujar naib presiden PKR, Ahli Parlimen Batu Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.
Ayuh, tinggalkan kapal BN yang bakal tenggelam – Lajim Ukin
Pada pelancaran Pakatan Perubahan Sabah di rumahnya di Beaufort malam tadi, beliau menggesa rakyat negeri itu, khususnya pengundi Beaufort menaiki kapal baru.
“Ayuh kita masuk kapal baru. Jangan ikut kapal BN yang bocor dan akan tenggelam,” katanya depan kira-kira 20,000 penyokongnya.
14 kerusi Sabah untuk Pakatan?

Pakatan Rakyat dijangka akan mendapat sekurang-kurangnya 14 kerusi di Sabah ekoran tindakan dua anggota Parlimen BN menyokongnya baru-baru ini.
Ini bermakna, simpanan tetap BN di Sabah dan Sarawak sudah tamat, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) dalam satu tulisannya.
Beliau berkata, 55 kerusi parlimen dari 57 dari Sabah-Sarawak (Borneo) telah dibolosi dan sudah tidak ada lagi jaminan BN mendapat sokongan dari kedua-dua negeri ini.
2 MP keluar BN tanda rakyat Sabah hilang keyakinan pada Najib
“KEADILAN mengalu-alukan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah dan Angkatan Perubahan Sabah serta kesediaannya bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat untuk menjana arus perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke 13.
“Ini menandakan keyakinan rakyat Sabah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peneraju utama dalam Pakatan Rakyat yang Insha Allah akan dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh,” katanya dalam kenyataan.
Monday, July 30, 2012
Sabah untuk pemimpin Sabah yang baik - Anwar
![]() |
(Anwar berucap di Tuaran hari ini sempena pengisytiharan Wilfred keluar BN) |
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ramai orang bercakap "Sabah untuk orang Sabah sahaja." tetapi bagi beliau tidak cukup sekadar itu.
"Kalau orang semenanjung juga kaki curi balak, orang Sabah pun tidak ketinggalan.
"Jadi saya sarankan, pilihlah pemimpin Sabah yang tepat dan baik dari kalangan orang Sabah," kata Anwar.
Beliau berucap di majlis pengisytiharan anggota Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar Barisan Nasional (BN) dan menyokong Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Tuaran isytihar keluar BN, sokong Pakatan Rakyat
Beliau juga menyatakan kepercayaan terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama Pakatan dan bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh.
Bercakap pada pelancaran Angkatan Perubahan Rakyat (APS) di Restoran Singgahgora, Tuaran di sini, Bumburing percaya seluruh masyarakat Kadazan-Dusun-Murut akan menumbangkan kerajaan BN Sabah.
Beliau juga akan menjelajah ke seluruh negeri untuk mengajak rakyat melakukan perubahan kerajaan di Sabah, selain di peringkat Persekutuan.
Sunday, July 29, 2012
Lajim Ukin cetus momentum perubahan rakyat Sabah
Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, tindakan berani Lajim itu mampu mencetuskan momentum perubahan yang besar kepada rakyat negeri di bawah bayu itu.
"Ini satu sejarah yang baru dalam politik negeri Sabah dan PAS sangat mengalu-alukan momentum perubahan ini kerana ia sudah tentu memberi impak yang besar kepada kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Isu air: Rakyat Selangor mesti bersatu - Aspan Alias .
Kerajaan Pusat telah mengugut rakyat Selangor yang negeri itu akan kekurangan air dalam tahun 2014 dan akan menghadapi kekeringan air yang paling buruk dalam sejarah negara, kononnya. Kita memahami apa tujuan Kerajaan Persekutuan untuk menyebelahi Syabas walaupun Syabas telah menyeleweng daripada asas dan matlamat penubuhannya.
Mahfuz: Empat Pengarah Ditukar Gara-Gara Menteri Gagal ‘Gembirakan’ PM

Surat arahan yang dikeluarkan dalam notis singkat itu diserahkan kepada empat pengarah tersebut dua hari selepas sambutan Hari Koperasi yang dianggap gagal dan mengecewakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Datuk Seri Ismail Sabri sebagai menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Pembangunan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna harus menjawab perkara ini.
Timbalan Menteri letak jawatan dalam Umno, ajak ubah kerajaan di Sabah

Beliau berkata demikian depan ratusan penyokong, kebanyakannya pemegang jawatan penting di peringkat cawangan dan bahagian Umno, di rumahnya di Likas di sini, kira-kira jam 6 petang.
“Mulai sekarang, saya letak semua jawatan dalam Umno kerana tidak lagi yakin parti itu mampu membela rakyat Sabah,” katanya.
Bercakap kepada Keadilan Daily pula, Lajim menyatakan komitmennya terhadap Pakatan Rakyat bagi memulihkan Sabah dari belenggu penindasan dan ketidakadilan.
Saturday, July 28, 2012
Mangsa kezaliman polis patut saman kerajaan – Jui Meng

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng berkata, tindakan itu bagi menyedarkan pemimpin kerajaan yang tidak tahu menghormati hak rakyat.
“Mangsa patut saman kerajaan kerana ia peluang terbaik untuk menuntut bela terhadap kepimpinan Umno, serta NGO dan polis yang terlibat bertempur dengan rakyat dalam himpunan 9 Julai lalu,” kata Jui Meng.
Tambahnya, keputusan mahkamah yang membatalkan pengharaman oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein itu memalukan kerajaan dan kementerian itu sendiri.
Cukai kenderaan boleh dihapus jika keborosan Najib dihentikan
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, jumlah itu meliputi tiga kategori iaitu perbelanjaan di luar perancangan, peningkatan belanja mengurus Jabatan Perdana Menteri(JPM) dan peningkatan belanja pembangunan JPM.
“Contoh perbelanjaan di luar perancangan oleh Perdana Menteri termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (RM2.6 blion), Bantuan Kembali Ke Sekolah (RM530juta) dan Bantuan Buku 1Malaysia (RM260 juta).
Friday, July 27, 2012
Himpunan raksasa isu air Selangor - Mohd Sabu
"Kalau kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sehingga ini masih menguasai Putrajaya terus berdegil dan bersikap memihak kepada perjanjian konsesi air yang menindas pengguna-pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan, ia bermakna mereka memaksa rakyat yang terlibat turun ke jalan raya," katanya.
Mohamad tidak menolak berlaku perhimpunan raksasa seperti perhimpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil seperti yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).
14 tahun Utusan fitnah saya, inikah kebebasan media? – Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebebasan media yang dimaksudkan Umno BN adalah akhbar yang dikuasai mereka bebas memfitnah parti Pembangkang setiap hari.
“Mereka (Umno BN) hentam, maki dan fitnah kita setiap hari, inikah dinamakan kebebasan media? ” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya kerajaan tidak menyekat kebebasan media di negara ini dan sentiasa mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan media memainkan peranan dalam proses demokrasi.
Awang Adek dimalukan dengan isu KGT - Aslani M .
Sedangkan sebelum ini Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein memberi tempoh 21 hari supaya kerajaan negeri menyiasat dakwaan penyelewengan KGT.
“Hari ini, KGT disahkan bersih, sedangkan Awang Adek yang dikaitkan dengan pelbagai dakwaan salah guna kuasa sejak akhir-akhir ini masih belum terbukti tidak bersalah.
Thursday, July 26, 2012
KGT: Khalid sokong Kelantan saman Utusan
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, isu yang dikentengahkan oleh akhbar terbabit tidak ada asas sekali gus memperlihatkan Umno BN tidak ada isu untuk menyerang PAS dan Pakatan Rakyat.
Tambahnya, Utusan merupakan suara Umno BN dan sudah tentu isu yang dilaporkan itu adalah hujah Umno BN.
Penghapusan duti eksais kereta: sekali lagi BN kata tidak wajar- Aspan Alias .
Niat Pakatan Rakyat untuk menghapuskan duti eksais dan pelbagai cukai terhadap kereta-kereta adalah usaha yang patut mendapat sokongan.
Ini adalah kerana kereta adalah perkara keperluan rakyat negara ini yang masih terlalu jauh ketinggalan dalam menyediakan kemudahan pengangkutan awam. Sesungguhnya rakyat telah terlalu terbeban dengan kos pembelian kereta kerana sebahagian besar daripada harga jualan kereta di negara ini adalah disebabkan oleh elemen cukai-cukai seperti duti eksais yang tinggi yang dikenakan oleh pihak kerajaan kita.
Jika duti eksais diturunkan ke tahap minima maka kereta import yang berharga sebanyak RM150,000 itu akan boleh didapati dengan harga RM120,000 misalnya. Malahan kalau kita kaji harga kereta di banyak negara maju ia adalah jauh lebih rendah daripada harga kereta yang rakyat kita terpaksa bayar. Harga kereta di negara ini terlalu tinggi dan kita adalah bersamaan dengan negara-negara seperti Singapura dan segelintiran negara di rantau ini.
Tok Guru seru rakyat doa untuk royalti Kelantan
Katanya, rakyat Kelantan perlu berdoa semoga Allah memberikan petunjuk kepada pihak yang menyekat pemberian royalti Kelantan agar tidak terus melakukan kezaliman terhadap negeri ini.
“Oleh yang demikian saya minta kepada rakyat doa beramai-ramai moga kezaliman ini diangkatkan dan minta Allah memberi kefahaman kepada menteri terbabit termasuk pegawai Petronas. Kerja menyekat itu suatu dosa,” ujarnya.
Wednesday, July 25, 2012
Najib dicabar ambil tindakan terhadap Muhyiddin isu 13 Mei
Rakyat diberi mandat sebagai Kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum ke 13.
Justeru, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendesak Najib memberi jaminan peralihan kuasa berjalan lancar jika Umno BN tumbang pada pilihan raya kali ini.
“Sudah empat hari Najib membisu dan gagal bertindak terhadap kenyataan Timbalannya, (Muhyiddin) yang menggesa ‘anak muda bersatu memastikan negara stabil dan aman bagi mengelak tragedi 13 Mei 1969 berulang’,” katanya dalam kenyataan.
Bersih pertubuhan sah, PM, Hishammuddin kena mohon maaf

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Rohana Yusof menyatakan bahawa Bersih berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.
Pada 1 Julai 2011, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dan Pendaftar Pertubuhan telah mengisytiharkan BERSIH sebagai gerakan haram.
Mahkamah pertegas hak rakyat berhimpun, berpersatuan
“Secara prinsip, mahkamah mempertahankan bukan sahaja hak untuk berhimpun, tetapi untuk berpersatuan atau gabungan yang diinisiatif oleh NGO (badan bukan kerajaan).
“Akhirnya, kita dapat lihat keadilan. Harap tiada lagi tuduhan berniat jahat. Kononnya Bersih kumpulan haram, atau perusuh, ataupun didalangi komunis,” katanya.
Tuesday, July 24, 2012
Tarik cacian, gugur dakwaan pada peserta Bersih – PAS
Memang sah Bersih bukan diwakili pertubuhan haram dan peserta himpunan tidak menggunakan senjata
Ekoran keputusan Mahkamah yang membatalkan bahawa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) adalah pertubuhan haram, PAS menyeru para pemimpin BN untuk menarik balik tuduhan jijik mereka pada Bersih selama ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keputusan mahkamah itu membuktikan bahawa Bersih adalah satu pertubuhan yang sah selama ini.

“Memang sah Bersih bukan diwakili pertubuhan haram dan peserta himpunan tidak menggunakan senjata,” kata beliau secara ringkas kepada Harakahdaily.
Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali pula menyeru semua pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menarik balik tuduhan dan cacian jijik mereka terhadap Bersih dan peserta himpunan Bersih selama ini.
Syabas jadi alat Umno, catuan air hanya gimik politik

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pula menjadi alat Umno untuk mengugut Kerajaan Selangor supaya memberi kelulusan pembinaan Loji Pembersihan Air Sungai Langat atau Langat 2.
Kerajaan Pusat sebenarnya tiada pun penyelesaian kukuh dalam menambahbaik bekalan dan pengurusan air terawat. Malah, mereka cuba mensabotaj usaha Kerajaan Selangor melakukan perkara yang betul demi melindungi kepentingan rakyat.
Kontrak MAS-Petron: Najib kecut lawan Mahathir
Najib Razak tidak akan berani menegur Mahathir kerana wujud pengaruh kuat bekas bosnya. “Najib tak ada kuasa. Tak ada kekuatan. Tak berani buat keputusan. Ini langsung tak membayangkan kredibilti sebagai seorang Perdana Menteri.“Dia takut kalau bersuara berlebihan, akan dilihat sebagai menentang Dr Mahathir. Bila dalam keadaan takut, apa keputusan pun takkan dapat menyebelahi rakyat,”
Baca Seterusnya Di Sini ..
Subscribe to:
Posts (Atom)