Beliau merujuk kepada tindakan bekas Peguamcara II Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang dahulu merupakan pendakwaraya kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun hari ini tampil sebagai peguambela kepada ketua pembangkang itu dalam kes Bersih 3.0.
"Peguam ini dahulunya kuat membela kerajaan dan membuat pendakwaan kepada orang yang diingini didakwa oleh kerajaan.
"Tetapi hari ini orang yang sama tampil beri pembelaan kepada orang yang beliau buat pelbagai tuduhan dan dakwaan," katanya merujuk kepada kes liwat II Anwar Inrahim.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini sejurus selesai memberi sokongan moral kepada trio PKR iaitu Anwar, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin yang didakwa di mahkamah hari ini berkaitan penyertaan dalam Bersih 3.0.
"Ini bermakna ada satu krisis sedang berlaku dalam sistem prundangan negara kita," kata Mahfuz lagi.
Banyak pihak melihat perkembangan yang berlaku itu 'positif' kepada pakatan rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Tidak kurang juga yang melihat seperti ada yang tidak kena dengan hubungan Yusof dengan bekas bosnya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sejak dia bersara Februari lalu.
Bagaimanapun, Yusof ketika ditemui media selepas prosiding mahkamah hari ini berkata beliau tiada masalah peribadi Gani Patail dan beliau profesional sejak memilih bersara.-Harakahdaily.
No comments:
Post a Comment