Yang pasti, gaji dan elaun polis bukan dibayar oleh orang UMNO atau pemimpin BN.
Perlantikan kakitangan awam seperti polis juga adalah mengikut akta perkhidmatan awam yang telah termaktub dalam Perlembagaan.
Dengan maksud lain, anggota polis bukanlah dipilih dari kalangan manusia yang tidak berakal, sebaliknya manusia yang terpuji dengan sikap dan disiplin yang baik, sihat fizikal dan mental.
Katanya … objektif paling mulia PDRM adalah untuk melindungi nyawa dan tubuh badan rakyat, tidak kira mereka itu orang baik-baik atau penjenayah. Kerana dalam negara yang ada undang-undang, setiap jiwa adalah dijamin keselamatannya. Soal hukuman, bukanlah atas tangan polis, sebaliknya atas kuasa mahkamah atau hakim.
Polis hanya berhak menahan (menangkap) dan menyiasat salah-laku insan yang dituduh atau yang disyaki. Rakyat tidak berhak dipukul atau dibelasah sesuka hati. Namun, bukanlah bermakna polis tidak boleh mempertahankan diri secara fizikal, sebaliknya mereka dengan Standard Operation Procedure (SOP) tertentu adalah wajib mempertahankan diri ketika diserang.
Perkara paling penting untuk difahami oleh kita ketika mana polis wajib mempertahan diri secara fizikal ialah ‘untuk mempertahankan diri’ dan ‘ketika diserang’.
Tetapi apa yang berlaku pada 28 April yang lalu menceritakan sebaliknya.
Peserta Bersh 3.0 telah jatuh dan terus dipukul berami-ramai oleh anggota Polis
Jika kita memahami kisah Nabi Yusuf dengan Siti Zulaikha, apabila kejadian sumbang antara Nabi Yusuf dan Zulaikha dibicarakan, jelas menunjukan bahawa Zulaikhalah yang bersalah kerana baju Yusuf yang terkoyak adalah dari sebelah belakang, bukan depan.
Begitu juga dengan tindakan polis pada perhimpunan aman Bersih 3.0. Polis memukul rakyat yang lari, bukan memukul rakyat yang sedang datang menyerang mereka.
Malah, apabila tangkapan dibuat, rakyat terus dipukul semahunya oleh beberapa kerat anggota polis yang bertindak secara emosi dan agresif. Pukulan itu terjadi bukan untuk mempertahankan diri polis, tetapi untuk menghukum (padahal yang berkuasa menghukum hanya mahkamah).
Polis bergotong-royong membelasah manusia yang telah ditangkap, yakni yang sudah tidak mampu melawan. Ini realiti yang berlaku pada 28 April.
Katanya … kenyataan ini memihak kepada rakyat (Bersih 3.0) dan kontra kepada pihak polis. Rasanya tidak, kerana sudah menjadi adat dan resam dunia mereka yang kuat dan lengkap bersenjata seperti polis – apatah lagi dipertanggungjawabkan untuk memelihara keselamatan jiwa dan jasad rakyat – tentulah diperhati dan dinilai dengan begitu rinci.
Namun, tidak bermakna, mereka yang mengganas kepada polis ketika Bersih 3.0 itu terlepas daripada disiasat dan didakwa. Maka objektifnya di sini sangat jelas, di samping menyiasat dan mendakwa pesalah-pesalah itu, pihak polis juga harus berlapang dada untuk menerima kritikan agar dapat memulih dan meperbaiki kelemahan dan kesilapan mereka agar keyakinan rakyat kepada institusi besar dan sepenting ini dapat dikembalikan.
Pengurusan polis boleh tumpukan kepada anggota-anggota mereka yang bermasalah dari segi mengawal emosi ketika bertugas. Latihan harus diberikan, sokongan moral juga mesti dipulihkan, barulah anggota polis, baik apa jua pangkat, akan dihormati oleh rakyat.
Janganlah jadi seperti Suruhanjaya Pilihanraya. Rakyat mengharapkan SPR telus, adil dan tidak berpihak, tetapi, katanya … ketua dan timbalannya sendiri adalah ahli UMNO yang berdaftar. Jadi, mana mungkin keadilan dapat dilaksanakan dalam keadaan begini. Inilah lawak hitam dan bodoh kerajaan UMNO-BN.
Kes SPR ini sama juga seperti polis, polis bukan hakim nak hukum rakyat, apatah lagi mereka yang belum didapati bersalah. Dalam kes pukul-memukul, polis hanya boleh guna kekerasan untuk pertahan diri. Itu saja.
Jadi, selain dari 8 tuntutan bersih, maka tuntutan ke-9 adalah, Ketua dan Timbalan SPR mesti letak jawatan, barulah proses keadilan boleh direncanakan.- Roketkini
No comments:
Post a Comment