Tuesday, May 29, 2012

Perlunya pemisahan di antara kerajaan dan parti - Viktor Wong


                Sesebuah parti politik tidak memiliki kerajaan walaupun parti tersebut adalah merupakan parti yang mempuyai majoriti di parlimen atau dewan undangan negeri (DUN) dan memegang tampuk pemerintahan.
               Sesebuah parti politik berperanan membentangkan undang-undang, membahas dan seterusnya meluluskan rang undang-undang tersebut untuk dijadikan sebagai satu akta parlimen.

Penguatkuasaan akta tersebut akan adalah dilaksanakan oleh para penjawat awam (pegawai kerajaan) yang dilantik dan diperkenankan oleh raja berpelembagaan. Sebab itulah, pada sampul surat-menyurat kerajaan, terdapat perkataan yang menyebut “Urusan Seri Paduka Baginda”.

Dan ini adalah makna dan definasi sebenarnya perpisahan di antara peranan sesebuah parti politik dan struktur pemerintahan kerajaan.


Pembangunan

Pembangunan bukannya sesuatu yang unik bagi Umno. Setiap parti politik yang menguasai tampuk pemerintahan boleh melaksanakan pelbagai bentuk pembangunan sewaktu di bawah pemerintahannya.

Oleh yang demikian, Umno tidak boleh mendakwa hanya parti itu sahajalah yang mampu membawa apajua bentuk pembangunan. Kerajaan-kerajaan di negeri Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah juga telah dan sedang melaksanakan pelbagai bentuk projek pembangunan dan memang tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan yang dilaksanakan oleh keempat-empat kerajaan negeri tersebut telah membuah hasil dan memberikan banyak manfaat kepada rakyat jelata.

Sumber dana yang stabil

Sebagai makluman, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS terbukti mempunyai sumber dana yang stabil sejak mengambil-alih daripada Umno dan Bn selepas pilihanraya umum yang lalu.

Kerajaan-kerajaan negeri tersebut mempunyai sumber kewangan yang kukuh, mengamalkan pengurusan yang cekap, telah banyak mengelakkan perbelanjaan yang tidak berhemah dan telah mencapai lebihan dana surplus) di dalam belanjawan mereka sejak dari tahun 2008 hinggalah sekarang.

Jika dibandingkan dengan pemerintahan Umno dan BN yang lalu, yang hanya ada pada benlanjawan tahunan mereka adalah defisit (lebihan perbelanjaan) yang semakin meningkat pada setiap tahun.

Najib: Jangan ulangi kesilapan yang lalu

Di dalam beberapa siri ucapan dan ceramah yang lalu, perdana menteri merangkap presiden Umno Najib Razak sering menggesa rakyat jelata agar tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada pilihanraya umum 2008 yang lalu.

Apakah kesilapan yang dimaksudkan oleh Najib itu? Adakah beliau secara tidak langsung menegaskan bahawa apa yang rakyat telah memutuskan pada pilihanraya umum tahun 2008 adalah merupakan satu kesilapan?

Kesilapan yang rakyat jelata telah menyedari pada hari ini adalah melihat dengan penuh tragik yang Umno dan BN terus membaham negara ini dengan sewenang-wenangnya. Kerajaan BN inilah yang telah menyebabkan beban hutang negara ini meningkat dengan begitu mendadak sekali. Hutang negara yang ada sekarang telah melonjak ke tahap yang hampir tidak lagi dapat di kawal dan ianya dijangka akan hilang kawalan tidak lama lagi jika sekiranya Umno dan BN terus memerintah negara untuk satu penggal lagi (selepas pilihanraya umum ke-13).

Yang lebih tragik lagi adalah apabila para pemimpin Umno dan BN ini mendakwa bahawa keadaan tersebut (defisit dan peningkatan beban hutang negara) adalah “memuaskan” dan masih dapat dikawal. Selain daripada itu, kita masih belum menjangka bertapa banyaknya jaminan kredit yang diberikan oleh kerajaan BN untuk kebanyak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang telah mempamerkan prestasi yang amat buruk dengan kerugian demi kerugian pada setiap tahun, disebabkan oleh pengurusan yang tidak cekap, rasuah dan penyelewengan yang berleluasa.

Bekenaan dengan pinjaman yang diberikan oleh kerajaan BN pula kepada pihak-pihak yang tidak dapat dikenalpasti kedudukan kewangan dan prestasi perkhidmatan atau perniagaan syarikat-syarikat kroni milik kebanyakan pemimpin Umno dan BN, apakah yang akan berlaku dan tindakan yang akan diambil jika sekiranya syarikat-syarikat tersebut mengalami kerugian dan tidan dapat membayar balik pinjaman? Kita lihatlah contoh yang paling ketara berlaku baru-baru ini, iaitu National Feedlot Corportation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki oleh keluarga ketua wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil.

Yang sebelum ini adalah projek Port Klang Free Zone (PKFZ) yang diamanah kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat milik seorang pemimpin BN Sarawak, timbalan presiden Parti Demokratik Rakyat Sarawak (SPDP) Tiong King Sing yang rugi berjuta-juta Ringgit lambaknya.

Selain dari itu, banyak lagi seperti Penerbangan Malaysia (MAS), Sime Darby, Felda, Felcra dan sebagainya turut mengalami kerugian yang teruk secara berterusan tahun-tahunnya dan sehingga kini masih tidak dapat diperbaiki prestasi kewangannya.

Jikalau rakyat terus memilih Umno dan BN untuk menerajui negara ini untuk satu lagi penggal, ini adalah merupakan satu kesilapan yang paling besar buat negara ini dan generasi kita yang akan datang.

Adakah Najib sedang merujuk kepada “kesilapan” ini sewaktu beberapa siri ucapan dan ceramahnya?

Umno telah hilang mandat

Janganlah kita lupa bahawa dalam anggaran kira-kira RM1.32 trilion telah disalurkan ke luar negara dalam masa 10 tahun, sementara satu peratusan yang kecil iaitu lebih kurang RM130.3 bilion telah didermakan kepada bajet kerajaan persekutuan bagi membiayai beberapa siri pembangunannya.

Selain daripada itu, negara ini juga telah kehilangan kira-kira RM20.3 billion akibat daripada pelbagai bentuk penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengurusan yang tidak cekap. Marilah kita menyingkirkan kesemua elemen-elemen yang tidak sihat ini.

Hakikatnya adalah Umno telahpun kehilangan mandat untuk memerintah negara ini. Ianya telah mensia-siakan perjuangan asalnya yang dipelopori sejak dari tahun 1957. Katanya memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan agama Islam tetapi yang diperjuangkan selama ini adalah untuk memastikan agar dana negara dalam apajua bentuk disalurkan kepada peribadi beberapa orang pemimpin dan para kroninya.

Akibat daripada itu, majoriti masyarakat Melayu sehingga pada hari ini masih hidup dalam keadaan yang daif, tidak mendapat pendidikan yang sempurna, kampung-kampung yang tidak mendapat sebarang kemudahan awam, kadar jenayah yang semakin meningkat, gejala penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

Kenapa? Kerana ianya telah dimulakan dipentas yang salah dan dilaksanakan pula oleh pihak-pihak yang tidak layak dan tamak, dan justeru daripada itu, jentera-jentera yang diketengah untuk membantu masyarakat Melayu, membangunkan ekonomi negara, sosial, kebajikan, pendidikan dan sebagainya telah disalahgunakan oleh pihak-pihak tersebut untuk kepentingan peribadi mereka.

Umno kini ketakutan

Inilah ketakutan yang kini sedang dirasai oleh Umno. Para pemimpin Umno sekarang tidak dapat makan, tidur atau berbuat apa-apa dengan selesa kerana mereka telah mula merasa takut akan kehilangan kuasa. Mereka telah mengetahui bahawa parti mereka telah kehilangan mandat untuk memerintah dan akan tumbang sebaik sahaja pilihanraya umum ke-13.

Hakikatnya kehilangan mandat Umno ini akan menjadi kenyataan kerana apa yang sedang dibuat oleh Umno ini jelas telah ketinggalan zaman. Para pemimpin dan ahli-ahli mereka semakin terdesak sehingga terpaksa memilih jalan yang lapuk seperti bertindak ganas bagi menakut-nakut rakyat jelata, memberi amaran akan berulangnya tragedi 13 Mei sekiranya Umno kalah dalam pilihanraya umum, membangkit isu-isu perkauman dan menyemarakkan kebencian terhadap kaum-kaum yang lain, memutarbelitkan isu-isu sosial kepada sesuatu yang melibatkan kaum dan pelbagai agenda-agenda lagi yang disifatkan hanya diamalkan oleh masyarakat jahiliah.

Bagi memastikan Umno akan terus wujud, para pemimpin parti tersebut sering menjelajah ke seluruh negara untuk mengingatkan masyarakat Melayu yang Umno dan Melayu sememangnya tidak dapat dipisahkan dan jika sekiranya Umno tidak ada lagi, maka orang-orang Melayu akan hilang dari bumi ini; nasib raja-raja Melayu adalah terletak di bahu Umno dan jika sekiranya Umno hilang kuasa, maka raja-raja Melayu akan digulingkan; nasib dan kedudukan agama Islam adalah bergantung kepada wujudnya Umno dan jika sekiranya Umno tidak lagi wujud, maka Islam lenyap dari bumi ini.

Kesemua bentuk dakwaan Umno yang kononnya mereka ini menerima mandat daripada syurga untuk memerintah negara ini bagi memastikan Islam dan raja-raja Melayu terus wujud dan seterusnya negara ini adalah milik Umno adalah palsu dan tidak benar sama sekali. Rakyat jelata terutamanya orang-orang Melayu telah sedar apa itu arus pemodenan, keadilan dan kemajuan sosial yang harus dikecapi oleh setiap insan itu tidaklah hanya datang daripada Umno semata-mata.

Oleh itu, kita tidak seharusnya melambat-lambatkan pemergian Umno lagi.-Viktor Wong, Malaysia Chronicle

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...