Saturday, May 5, 2012

Isham Rais: Provokasi, khabar angin rancangan pihak berkuasa

  
            Ahli Jawatankuasa Kerja Bersih 3.0, Hishamuddin Rais menjelaskan, keganasan terhadap peserta himpunan yang dikatakan berpunca dari khabar angin dan provokasi sebenarnya adalah sebahagian dari perancangan pihak berkuasa.
             Pada Forum ‘Pasca Bersih 3.0: Keganasan Polis & Media Blackout’ di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor malam tadi, Hishamuddin berkata, sebagai alat pemerintah, peranan polis adalah menyokong sistem dan struktur kerajaan.

“Kita perlu tahu apa itu polis dan apa itu keganasan. Khabar angin itu sebenarnya adalah sebahagian dari perancangan.

“Jangan ada ilusi bahawa kita sedang berdemonstrasi di London, berarak dari Hyde Park menuju ke Trafalgar Square. Boleh duduk-duduk dan minum kopi. Ini negara dunia ketiga. Jadi kita tidak perlu takut kepada keganasan.


“Ada dua jenis keganasan. Satu keganasan reaksioner, dan satu lagi keganasan revolusioner. Bila anak-anak muda bangun melawan, itu keganasan revolusioner,” tegas Hishamuddin.

Justeru, beliau menjelaskan persoalan tentang siapa yang mula memecahkan penghadang di Dataran Merdeka bukan soalan fundamental melainkan fokus kepada asas tuntutan, iaitu pilihan raya yang bebas dan adil.

“Bersih dah buat tiga tahun. Kalau Bersih adalah sekolah, maka kamu sekarang sudah ‘graduate’. Kamu boleh adakan demonstrasi kamu sendiri dan pensyarah boleh letak jawatan dan pindah ke Bali,” katanya sambil disambut ketawa dan tepukan gemuruh hadirin.

Sementara itu, Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya menjawab soalan hadirin menjelaskan, tidak ada sesiapa yang perlu dipersalahkan ketika serangan dibuat, sama ada penganjur mahu pun peserta himpunan.

“Pihak yang patut disalahkan kerana tidak dapat berhimpun di Dataran Merdeka adalah kerajaan sendiri,” jelasnya.

Mengakui lebih giat sebagai aktivis parti politik berbanding aktivis awam, Latheefa bersimpati terhadap pihak yang berhujah kononnya himpunan Bersih 3.0 direbut parti politik.

“Kita tidak boleh neutral (tidak berpihak). Saya tak hairan sekiranya ada pandangan yang mengkritik media arus perdara kerana menggelapkan (blackout) kenyataan mereka. Perkara inilah yang kami (parti politik) hadapi selama ini.

“Bersih 3.0 ialah manifestasi keganasan. Tetapi kita perlu juga tahu keganasan sebenarnya berlaku setiap hari. Kita perlu tahu apabila kita mencabar kekuasan, memperjuangkan kebebasan bersuara, ketika itulah kita ditekan.

“Namun kita mesti sentiasa optimis, bahawa perubahan di negara ini masih boleh dilakukan,” kata Latheefa.
Keadilandaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...