Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Thursday, May 10, 2012
Biadap terhadap Nik Aziz, Azmin desak Rahim Noor mohon maaf
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor tidak layak mempersoal keimanan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata, Rahim telah memfitnah keluarganya dan memukul Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dalam tahanan.
“Kita dikejutkan tohmahan biadap Rahim menggelar Nik Aziz ‘bapa kafir’. Mantan Ketua Polis Negara inilah terbukti memukul dan membelasah Anwar ketika ditahan pada 1998 dan tidak cukup dengan itu memfitnah saya dan keluarga.
“Dia tidak layak persoal keimanan dan keyakinan Nik Aziz. Kedangkalan kenyataan Rahim jelas terserlah malah dicemuh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azmin berkata, Nik Aziz merupakan ulama, tokoh ilmuan Islam berwibawa dan dihormati setiap lapisan masyarakat.
Katanya, masyarakat Islam mahupun bukan Islam menyanjungi pekerti Nik Aziz dan menghormati kegigihan beliau mentadbir Kelantan.
“Sebagai Mursyidul Am, Nik Aziz merupakan teladan kepada ahli PAS, menjadi rujukan Muslim seluruh negara. Beliau menampilkan kepimpinan bertunjang pesan Islam dan menzahirkan sebagai dakwah bil hikmah,” katanya.
Justeru, Ahli Parlimen Gombak itu menggesa Rahim memohon maaf kepada Nik Aziz atas tohmahan biadap yang dilemparkan,” katanya.-Keadilandily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment