Perkara itu didedahkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam satu sidang media tengah hari tadi.
Dalam satu dokumen yang dihantar Francois Dupont bertarikh 1 Jun 2001 sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan Najib, ketika itu sebagai Menteri Pertahanan pada 14 Julai 2001 kepada kepada D Arnaud.
Menurut kenyataan Suaram, dokumen yang ditandakan nombor 87 dari keseluruhan 153 dokumen itu disita polis Perancis dari pejabat Henri Gide (Thales) pada 28 Mei 2010.
Dokumen itu turut memperinci kronologi lawatan dan tindakan yang bakal diambil Dupont sepanjang lawatannya ke Malaysia, di mana beberapa rancangan antaranya pertemuan dengan Menteri Pertahanan ketika itu.
Justeru, Suaram menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membuka penyiasatan terhadap pendakwaan awam Perancis ini.
Bagi Suaram, kerjasama penuh kerajaan Malaysia khsusnya dalam kedua-dua moral dan undang-undang ke dalam siasatan yang sedang berjalan di Perancis.
"Kementerian Pertahanan akan datang bersih dan senaraikan ke parlimen syarikat lain yang terlibat dalam proses perolehan dan yang mendapat manfaat daripada sogokan dan komisen," kata Suaram.-harakahdaily
No comments:
Post a Comment