Tuesday, May 8, 2012

34 polis mengganas di Himpunan Bersih dikehendaki

         Badan bukan kerajaan (NGO) Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengetuai 27 NGO lain menyerahkan memorandum mendesak polis yang terlibat jenayah keganasan ketika mengendalikan Bersih 3.0 tampil menyerah diri untuk disiasat.
            Kumpulan itu yang hadir hanya 15 wakil bagaimanapun diganggu samseng Umno yang diketuai veteran-veteran tentera dengan laungan dan herdikan kepada NGO tersebut yang menjadi tontonan polis.

Dalam keadaan agak panas apabila kumpulan NGO dan kumpulan veteran itu bertembung, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin, berjaya menyerahkan memorandum itu kepada Asisten Supretendan (ASP) Ramli Mohamed Yoosof.


Selain mendesak polis terlibat dengan keganasan menyerah diri, kumpulan itu turut mahukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) tampil memberi penjelasan dakwaan penyamaran polis sebagai peserta Bersih.

Hadir sama dalam kumpulan itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dan beberapa NGO yang terdiri daripada anak-anak muda.

“Sila nyatakan berapa ramai polis yang menyamar dan dedahkan mereka kepada umum.

“PDRM harus siasat khabar angin yang menyatakan ada polis mati sehingga menjadikan polis bertindak luar batasan. Adalah satu lawak jenaka apabila atasan PDRM bersungguh menyiarkan foto senarai orang awam untuk menyerah diri, tetapi seolah tidak punyai rekod anggota sendiri yang mengganas,” kata Badrul selepas menyerahkan memorandum itu di Bukit Aman, di sini hari ini.

Katanya, sikap polis yang masih menyalahkan orang awam hanya memalukan kerana tidak sedar mereka sebenarnya menjadi alat kepada regim Umno.
“Semua operasi pada 28 April lalu, sempena Bersih 3.0 diakui beberapa pimpinan regim termasuk Menteri

Dalam Negeri. Polis bukan musuh orang awam, begitu juga orang awam bukan musuh polis.

“Polis dan orang awam adalah mangsa regim Umno, polis yang bertugas juga perlu sedar sememangnya dirancang untuk mereka dijadikan mangsa. Disyaki arahan untuk anggota polis bergerak itu sengaja dibuat untuk menjadikan polis sebagai umpan,” ujarnya.

Susulan itu, mereka melancarkan talian hotline kepada orang ramai bagi mengadu kekasaran polis semasa Bersih 3.0 bagi memudahkan pihaknya mengumpul bukti.

“Orang ramai digalakkan hanya menghantar SMS kepada nombor 018-9235083, atau menghantar email di adu@anakmudamalaysia.com untuk pihak kami memberikan pertolongan sewajarnya.

“Kita juga sudah ada barisan peguam bagi mengambil kes keganasan polis semasa Bersih 3.0 antaranya, Peguam Hak Asasi (LFL), Majlis Peguam, dan beberapa NGO pengamal undang-undang,” jelas Badrul.-Keadilandaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...