Skandal ini menjadi tumpuan media apabila pimpinan Pakatan Rakyat mempersoalkan pinjaman dana RM250 juta yang diberikan kepada Shahrizat dan keluarganya. Sepatutnya beliau harus menjawab tuduhan pembangkang itu bukan hanya sekadar berdiam diri dengan cuba mengaitkan kes pembicaraan Anwar Ibrahim
Timbalan Ketua Wanita Keadilan, Dr Daroyah Alwi berkata Shahrizat sepatutnya menjawap segala persoalan mengenai penyelewengan membabitkan dana RM250 juta yang diberikan kepada syarikat milik suami dan anak beliau.
"Sekian lama beliau (Shahrizat) berdiam diri, beliau cuba pula menukar isu ini dengan membuat komen peribadi terhadap kepimpinan keadilan.
"Cubaan Shahrizat mengaitkan kes mengaitkan kes perbicaraan Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim selain mengheret Dato Seri Wan Azizah jelas satu analogi yang tida kaitan dan berasas,"jelasnya.
Dr Daroyah berkata demikian dalam satu sidang media selepas majlis perasmian Selangor Argofest (SAF) di sini hari ini.
Terdahulu, ketua Audit Negara mendedahkan bahawa projek fidlot tersebut dalam keadaan kucar kacir dan tidak menepati sasaran ekoran tiada kepakaran pengurusan.
Skandal ini menjadi tumpuan media apabila pimpinan Pakatan Rakyat mempersoalkan pinjaman dana RM250 juta yang diberikan kepada keluarganya.
Tidak cukup dengan itu, beberapa pendedahan berhubung salahguna kuasa dan urus tadbir oleh pemimpin Pakatan Rakyat termasuk pembelian dua buah kondo mewah dan membuka syarikat-syarikat milik peribadi turut didedah.
Namun, kepimpinan Umno dan sayap Wanitanya bersungguh-sungguh mempertahankan Shahrizat dalam skandal ini.
"Mengambil kesedaran kebertanggungjawaban ini, Shahrizat seharusnya sedar bahawa beliau gagal melaksanakan tugas selaku menteri.
"Seharusnya beliau segera meletakan jawatannya agar tidak menjadi liabiti kepada Umno serta rakyat," tegasnya.-Tvsnews
No comments:
Post a Comment