“Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan,”-Anwar
Bercakap kepada wartawan selepas hakim Zabidin Mohd Diah menetapkan 9 Januari depan bagi membuat keputusan, Anwar berkata penjara tidak akan mengubah prinsipnya untuk menegakkan keadilan.
“Ia tidak berbeza, di penjara ataupun di luar, saya akan berjuang untuk keadilan,” kata beliau di kompleks mahkamah Jalan Duta di akhir sesi penggulungan kes peringkat pembelaan, tengah hari ini.
Anwar berazam akan terus menguatkan Pakatan Rakyat untuk melakukan reformasi walaupun beliau mungkin dipenjarakan sekali lagi.
Bagaimanapun pemimpin rakyat itu berkata kenyataan beliau tidak harus dianggap sebagai satu kekalahan.
“Ia bukan satu persoalan secara sukarela mahu ke penjara. Untuk apa sebab? Sebab saya memutuskan untuk tidak menyertai semula Umno, sebab saya memutuskan untuk melawan mereka atas sifat rasis dan dasar-dasar tidak adil mereka?” katanya.
Anwar dalam pada itu membangkitkan tarikh keputusan 9 Januari yang kemungkinan akan diikuti dengan pembubaran parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke 13 diadakan.-K/Dly
No comments:
Post a Comment