Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Friday, December 2, 2011
Rakyat tak gentar turun ke jalan – Shamsul Iskandar
Angkatan Muda KEADILAN merasa kesal dengan tindakan Kerajaan yang meluluskan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 walaupun dibantah rakyat.
“Rang Undang-Undang tersebut tetap diluluskan walau pengamal undang-undang seperti Majlis Peguam membantah secara keras tentang perlaksanaan undang-undang ini.”
Menurut ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin walaupun RUU tersebut telah diluluskan ini tidak bermakna rakyat akan takut untuk mendapatkan haknya untuk berhimpun secara aman yang dijamin dalam perlembagaan.
“Saya yakin rakyat tidak akan teragak-agak dan tidak gentar untuk turun kejalan raya dalam membantah secara terang untuk berhimpun.”
“Majlis Peguam juga telah membuat kenyataan untuk terus menentang RUU yang menzalimi dan mengekang kebebasan rakyat dan pemuda pakatan rakyat akan turut serta dalam menyokong mereka.”
Akta Himpunan Aman 2011 diluluskan pada 29 November 2011 oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional. Ia menghalang sebarang bentuk himpunan aman yang tidak dimaklumkan kepada polis terlebih dahulu.
Pada hari yang sama Majlis Peguam diiringi lebih 1,000 peguam berarak ke Parlimen membantah akta tersebut.
Akta itu sebelum ini menetapkan notis 30 hari perlu diberikan kepada polis sebelum sebarang himpunan aman berlangsung.
Namun, selepas dibantah ramai pihak, keperluan memberi notis itu dipinda kepada 10 hari sahaja.
Mereka yang terlibat dalam himpunan aman itu pula boleh didenda sehingga RM10,000 seorang.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat juga turut keluar dewan rakyat beramai-ramai kerana keengganan kerajaan menarik balik RUU tersebut.
Tindakan keluar dewan itu diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.-K/Daily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment