Friday, December 2, 2011

Lagi kejutan NFC: Guna dana beli Mercedes, tanah, percutian dan pindah wang


            Seperti yang dijanjikan, pemimpin PKR telah membongkar satu lagi hal mengenai Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil.
            Bukan sahaja keluarga beliau telah membeli 2 unit kondo mewah di Bangsar, mereka juga telah menggunakan RM5 juta daripada dana awam itu untuk membeli kereta Mercedes-Benz siri mahal, tanah di kawasan kediaman di Putrajaya, mengisu 15 cek kepada syarikat percutian dan mengambil setengah juta wang tunai untuk dimasukkan dalam syarikat mereka.

Pengarah strategi Rafizi Ramli telah melaporkan bahawa dokumen kewangan NFC menunjukkan bahawa ia telah memindahkan sejumlah RM3,363,507 kepada anak syarikat National Meat and Livestock Corporation (NMLC) untuk membeli 2 bidang tanah di Putrajaya, PT1886 dan PT1887.

“Mustahil tanah-tanah yang dibeli di Putrajaya itu bertujuan untuk menternak lembu” ujar Rafizi dalam satu siding akhbar Khamis lalu.


Modus Operandi sama

Menurut Rafizi, pembelian itu telah dijalankan menerusi NMLC, dan menggunakan modus operandi yang sama dengan pembelian kondo mewah di Bangsar yang bernilai RM6.9 juta seunit.

Ujar beliau lagi, melalui cara yang sama, NMLC telah membeli Mercedes Benz CLS 350 CGI bernilai RM534,622. Bukan itu sahaja, NFC juga didakwa membayar kos penyelenggaraan berjumlah RM20 000 untuk kereta tersebut.

Sejumlah RM588, 585 juga telah dipindahkan kepada Meatworks (Singapura). Kedua-dua NMLC dan Meatworks dimiliki oleh keluarga Shahrizat dan tiada apa-apa kaitan dengan pelan perniagaan NFC” jelas Rafizi.

15 cek juga telah di isu oleh NFC kepada syarikat percutian Impian Global Network Services, dan PKR telahpun mendesak Ketua Wanita Umno ini untuk menjelaskan “Siapa yang pergi percutian ini?”.

“Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah menegaskan bahawa NFC tiada urusan perniagaan di Singapura. Habis tu, kenapa sejumlah besar wang telah dipindahkan ke sana?” Tanya Rafizi.

Pertahankan rasuah

Shahrizat dan keluarga beliau telah mendapat perhatian umum selepas pembongkaran skandal RM250 juta NFC. NFC merupaka projek ternakan lembu kebangsaan yang diwujudkan bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat bekalan daging lembu yang murah. Projek tersebut telah dianugerahkan kepada suami dan anak-anak Shahrizat pada tahun 2006.

Disebalik desakan daripada kedua-dua belah parti supaya Shahrizat meletak jawatan, beliau telah mempertahankan bahawa dirinya tiada kaitan dengan skandal tersebut. Akan tetapi ramai yang percaya bahawa keluarga beliau mendapat tender tersebut kerana jawatan beliau sebagai timbalan presiden wanita Umno pada waktu itu.

Pada pagi ini, beliau mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa sekiranya beliau meletak jawatan, presiden PKR Wan Azizah juga patut berbuat demikian. Beliau kemudiannya diselar oleh pemimpin PKR kerana tidak dapat membezakan antara rasuah dengan liwat.

“Umno sememangnya member contoh yang tidak baik kepada golongan belia. Bayangkan sahaja, mereka telah sampai ke tahap mempertahankan rasuah! Ini memang sudah melampau,” ujar Ketua Wanita PKR dan Ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin kepada Malaysia Chronicle.


Malaysia Chronicle

Rakyat yang cerdik adalah rakyat yang mengunakan akal untuk berfikir..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...