Thursday, December 15, 2011

Kehidupan selepas NFC, masa depan yang gelap untuk Khairy Jamaluddin

      
           Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR telah menerima jawapan bertulis rasmi daripada Pemuda Umno untuk cabarab debat mengenai skandal RM250 juta Shahrizat – NFC setelah hanya 3 minggu selepas mengaku kalah.
                Yang paling teruk, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin telah membuat keputusan untuk menarik diri dengan memberi alasan bahawa beliau ada tuntutan lain pada hari yang telah dijadualkan itu, iaitu pada 12 Disember.

Hanya selepas memikirkan secara dalam, pengkritik telah berpendapat bahawa Khairy mungkin telah membuat perkiraan bahawa pendebatan tersebut tidak akan membawa kemenangan kepada beliau dan juga ia mungkin boleh membongkar banyak lagi kesalahan yang dilakukan dalam Umno.


Lagipun, orang atasan Umno telah pun lepas tangan dan ini memberi isyarat bahawa mereka mahu apa jua yang berkaitan perkara itu dihentikan sebelum ada di antara mereka disabitkan justeru menjadikan mereka sebagai calon yang pasti tidak menang pada PRU nanti.

Bukan Rembau mungkin Kepala Batas

Sekarang, Khairy telahpun didedahkan sebagai pemain utama yang memulakan projek penternakan lembu di Malaysia. Walaubagaimanapun, jadual harian beliau yang ketat dan ketidaksabaran beliau mungkin telah menyebabkan beliau terlepas pandang beberapa perkara penting dalam memulakan perkara itu.

Beliau mungkin menyesali tindakan beliau kerana ia telahpun menghantui beliau semula dengan merosakkan masa depan kerjaya politik beliau dan juga cita-cita untuk menjadi PM termuda dalam sejarah Malaysia.

Khairy yang berusia 35 tahun itu telah dengan bodohnya mempertahankan skandal tersebut. Malangnya, disebabkan itu, beliau sekarang sudah menjadi orang yang tidak popular. Orang-orang atasan Umno juga sedang hangat berbincang mengenai sama ada kerusi beliau di Rembau akan diberi kepada Hassan Muhammad, MB Negeri Sembilan sekarang.

Nampaknya, satu-satunya kerusi yang ada untuk Khairy, sekiranya beliau mahu bertanding adalah di Kepala Batas, kerusi yang disandang oleh bapa mertuanya Abdullah Badawi.

Dalam kerjaya politik beliau, Khairy telah membuat banyak musuh di dalam dan di luar Umno dari zaman kebodohan beliau memikirkan bahawa bapa mertuanya akan kekal berkuasa sehinggalah jawatan PM itu diturunkan kepada beliau.

Sekarang Khairy harus berhadapan dengan realiti bahawa beliau telah pun dipinggirkan semenjak Najib jadi PM dan presiden Umno. Ramai dalam Umno yang gembira apabila Khairy tidak diberikan jawatan dalam cabinet kerana ramai yang menyalahkan beliau tentang kekalahan teruk Umno pada pilihanraya 2008.

Tidak fokus dan tidak bijak

Walaupun dengan pelbagai kelebihan, Khairy tidak fokus dan tidak bijak menggunakan peluang yang ada apabila mempunyai semua maklumat dalaman Umno semasa pemerintahan Abdullah Badawi dan sekarang Najib. Ia tidak digunakan untuk membina teras yang kukuh untuk kerjaya politik beliau tetapi telah digunakan untuk mengaut sebanyak mungkin wang.

Skandal NFC semestinya dapat dielak dengan menggunakan cara klasik Umno dengan menarik tali yang betul. Beliau sepatutnya berdiam diri dan berbuat seolah-olah beliau tidak tahu apa-apa mengenai projek itu.

Sekurang-kurangnya, beliau haruslah mendapatkan fakta betul dan menyedari betapa seriusnya skandal itu memandangkan pada zaman ini, adalah sukar untuk menyembunyikan perkara seperti itu. Beliau sepatutnya meyakinkan Najib bahawa dengan membuka kesalahan beliau, Abdullah Badawi, Shahrizat atau Muhyiddin, skandal tersebut akan menyulitkan segalanya.

Sebaliknya, Khairy cuba menjadi hero, menjelaskan transaksi kompleks NFC sendirian dan tidak membantu kerana setiap kali fakta baru diketahui, Khairy gagal mengagak atau bersedia untuknya.

Akhirnya, disebabkan kebodohan beliau sendiri, delegasi Umno dalam perhimpunan baru-baru ini telah mengatakan bahawa mereka sudak muak dengan kontroversi yang melanda pemimpin tertinggi. Delegasi Umno Pahang, Wan Amizan Wan Abdul Razak mengatakan bahawa ini telah menyukarkan pemimpin bahagian untuk menerangkan kepada akar umbi yang kurang selesa mendengar khabar mengenai dakwaan rasuah yang tersebar.

Sehingga kini, 3 orang pemimpin kuat Umno telah menyeru Shahrizat untuk meletak jawatan, Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar, bekas PM Mahathir Mohamad dan yang terbaru Ahli Parlimen Kalabakan Abdul Ghapur Salleh dan jumlah ini mungkin akan meningkat.


Gagal menggunakan kelebihan untuk kebaikan diri

Pada bulan Febuari lepas, dalam majlis bual bicara di Imperial College, London, Khairy sebagai panel jemputan dikatakan memberi fakta yang menarik, membina dan penting apabila ditanya mengenai tern politik dan penggundian dan juga bila PRU 13 akan diadakan.

Ini menunjukkan bahawa beliau sememangnya ada akses kepada maklumat dalaman. Untuk kekal relevan, beliau seharusnya menggunakan maklumat-maklumat ini untuk membuat pelan untuk kepentingan dirinya. Tetapi tidak, beliau tidaklah sebijak yang disangka. Ini boleh dilihat sebagai tanda berakhirnya kerjaya politik beliau atau beliau sememangnya sudah patah semangat.

Beliau tidak cuba mencari jalan untuk menggunakan rangkaian dan pemberi maklumat untuk kepentingan diri dan lebih nampak seperti tiada arah apabila bertindak. Beliau membuat banyak kesilapan, cipta kontroversi dan buat komen berbau perkauman yang tidak sesuai untuk seorang yang bergelar graduan Oxford. Tidak hairanlah ramai yang menuduh beliau sebagai hipokrit.

Masa depan yang gelap

Khairy sepatutnya merapatkan diri atau memasuki kumpulan yang mempunyai sokongan kuat dalam Umno, Beliau seharusnya cuba berhenti untuk menjadi lelaki yang tersendiri seperti Zulkifli Nordin dan Hassan Ali. Khairy tidak mempunyai kebolehan, keupayaan ataupun potensi dan apa juga peluang yang beliau ada telah beliau sia-siakan.

Masa depan untuk Khairy Jamaluddin kelihatan gelap. Sekiranya beliau memutuskan untuk menamatkan riwayat kerjaya politik beliau sebelum PRU 13, beliau sebenarnya telah berkhidmat untuk rakyat. Ini kerana beliau akan menyelamatkan rakyat daripada kesilapan yang bakal beliau lakukan kerana beliau telah melakukan banyak sebelum ini.

Khairy juga tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana beliau telah membuktikan bahawa beliau tiada ketokohan ataupun sesuatu yang lain dari yang lain, karisma dan visi. Beliau gagal menjadikan sayap Pemuda Umno itu sesuatu yang kuat dan berkuasa, sekurang-kurangnya tawar menawar kuasa dengan Majlis Tertinggi Umno.

Kadang-kadang, wajah tampan, badan kuat, ijazah Oxford, kehidupan yang indah dan juga bapa mertua yang berkuasa tidak cukup. Untuk berjaya dalam politik, anda perlu lebih daripada itu dan malangnya Khairy tidak akan dapat menyatakan apa kualiti-kualiti yang diperlukan.

Malaysia Chronicle

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...