Thursday, December 8, 2011

Kenapa Soi Lek takut sangat pada hudud?

   
               Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kamaruzzaman Mohamad berkata, biarpun Soi Lek sebelum ini terbabit dengan skandal seks, namun dia tidak perlu risau kerana hudud tidak tertakluk kepada bukan Islam.
                "Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak perlu risau dengan hukum hudud walaupun sebelum ini beliau didakwa terbabit dengan skandal seks kerana Hudud hanya untuk umat Islam.

"Tiada hukum hudud dikenakan ke atas beliau dan mereka yang bukan Islam jika ianya dilaksanakan dinegara ini atau di mana-mana negara lain sekali pun kerana mereka yang bukan Islam bebas untuk menguna pakai sistem perundangan sivil sedia ada," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.


Menurut Kamaruzzaman lagi, kenyataan Soi Lek bahawa sistem perundangan hudud tidak adil kepada semua pihak hanya menggambarkan ketakutan dan kekeliruan beliau terhadap prasyarat pelaksanaan hukum tersebut.

Dakwaan bahawa hudud akan menakutkan para pelabur juga tidak releven kerana tiada sebab untuk mereka yang tidak melakukan apa-apa kesalahan untuk berasa takut dengan mana-mana sistem perundangan.

"Hudud bakal memelihara harta dan aset para pelabur dari dicuri dan dirompak sesukahati dalam negara ini.

"Bukankah itu satu kebaikan kerana dengan perundangan sedia ada, pencuri dan perompak keluar masuk penjara amat sedikit yang benar-benar kembali ke pangkal jalan walaupun kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk memulihkan mereka," soalnya kembali.

Berhubung dengan menjaga kepentingan Hak Asasi pula, hudud ujarnya memberikan ruang untuk setiap pendakwa membuktikan dakwaan dan yang tertuduh membuktikan dirinya tidak bersalah.

Malah kenyataan saksi-saksi juga didasarkan kepada fakta-fakta yang jelas dan tidak boleh diragui.

Wanita juga tambahnya, akan mendapat perlindungan dan manfaat dari terlaksananya undang-undang ini kerana mereka akan terpelihara kehormatan dan tidak sewenang-wenangnya dimangsakan dalam jenayah pemerdagangannya manusia dan dera.

"Kita berharap Dr. Chua belajar dan mengkaji prinsip dan bentuk pelaksanaan undang-undang ini dengan ulama-ulama serta pimpinan PAS.

"PAS membuka ruang forum dan sesi penerangan dengan mana-mana pihak yang mahu berbincang secara ilmiah, bukannya dengan emosi atau sekadar lontar politik semata-mata," katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...