Wednesday, December 7, 2011

Gerhana: Najib ugut minda rakyat

Najib cuba memberi gambaran bahawa hanya BN layak memerintah, dan jika Pakatan Rakyat memerintah, negara akan musnah dan porak peranda. Itu hanyalah cakap orang politik zaman Pak Pandir. Jika dilihat tidak ada satu pun negeri yang diperintah oleh Pakatan rakyat mengalami ‘gerhana’ seperti yang didakwa beliau.

                 Negara terus dilanda ‘gerhana’ dan rakyat akan berada dalam kegelapan seperti sekarang jika masih terus memilih BN dalam PRU ke-13 nanti.
               Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) melahirkan kekesalan di atas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi amaran masa depan orang Melayu akan ‘gerhana’ jika Barisan Nasional (BN) pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihanraya umum ke 13.

“Bagi DPP Malaysia, kenyataan ini berunsur ugutan terhadap rakyat Malaysia agar jangan mengundi selain Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti,” kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor kepada Hasrakahdaily.

Katanya, DPP Malaysia beranggapan PM merasa terlalu takut sehingga sanggup memberi amaran terhadap rakyat Malaysia.


Tambahnya, Najib cuba memberi gambaran bahawa hanya BN layak memerintah, dan jika Pakatan Rakyat memerintah, negara akan musnah dan porak peranda.

Bagi DPP Malaysia, ujarnya mungkin PM telah terlupa bahawa Pakatan Rakyat sekarang ini memerintah kerajaan negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan dan pernah mentadbir Perak.

Katanya lagi, tidak ada satu pun negeri yang diperintah oleh Pakatan rakyat mengalami ‘gerhana’ seperti yang didakwa beliau.

Malah, jelasnya prestasi kerajaan Pakatan Rakyat jauh meninggalkan negeri-negeri pimpinan Barisan Nasional.

Menurutnya, dalam masa yang singkat kerajaan Selangor berjaya buktikan kemampuan mereka dengan mendapat keuntungan RM1.1 bilion dan menjadi rekod kewangan paling baik dalam tempoh 28 tahun, manakala Pulau Pinang berjaya menempatkan diri sebagai negeri terbaik dari sudut pengurusan kewangan.

Kedah pula, ujarnya berjaya mengurangkan defisit hutang yang ditanggung bertahun-tahun lamanya dan kini sedang pesat membangun di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak manakala Kelantan pula berjaya mengekalkan prestasi sebagai negeri yang bebas dari rasuah meskipun telah memerintah selama 20 tahun disamping terus cemerlang dengan kejayaan-kejayaan yang diraih.

Sebaliknya, kata beliau era kepimpinan Najib merupakan zaman paling hitam dalam sejarah negara.

“Indeks Presepsi Rasuah mencatat kemerosotan untuk tiga tahun berturut-turut, berlakunya ketirisan serta penyelewengan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, serta pelbagai skandal pemimpin besar negara seperti Projek Feedlot dan kondominium mewah, pemborosan projek besar negara dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau menambah, DPP Malaysia turut kesal kerana PM mempersoalkan adakah maruah Islam dan orang Melayu terbela jika Pakatan Rakyat memerintah.

Justeru, ujar Riduan PM sepatutnya bertanya kepada dirinya sendiri dan melihat kepada kepemimpinannya, adakah beliau sendiri membela orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Sedangkan, ujarnya nasib Kampung Baru yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Melayu turut tergadai di bawah kepimpinannya, hukum Islam tidak dilaksanakan malah menjadi bahan cemuhan seperti yang berlaku dalam forum terbaru anjuran MCA,mengapa pula Najib tidak perlu menaruh prasangka buruk terhadap Pakatan Rakyat.- Hrkhdly

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...