(Pada hari akhir persidangan, Muhyiddin dalam ucapan penggulungan -- selepas mengetuai lafaz ikrar taat setia 'Kami Orang Umno' -- menutupnya dengan doa Rabitah al-Ma'thurat, iaitu doa yang selalu diamalkan aktivis gerakan Islam, sambil membaca terjemahannya. Mukadimah doa itu berbunyi: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu.")
Masa sama, seteru tradisi Umno, iaitu PAS, tidak pula dibelasah seperti lazimnya. Malah ada pemerhati, termasuk penalis program TV semasa siaran langsung hari terakhir persidangan, melihat pendekatan Umno agak lunak terhadap parti Islam itu. Pelik juga ya, saingan Umno dalam PRU13 bukannya DAP tetapi parti itu pula yang diserangnya kiri-kanan.
Namun, muslihat ini tidaklah sukar untuk dibaca. Motif memburuk-burukkan DAP adalah bertujuan menghasut pengundi Melayu agar tidak mengundi PAS dalam PRU13. Ia selari dengan kempen intensif Umno sejak Mac 2008, yang memalitkan PAS sebagai kuda tunggangan atau alat perkakas DAP dan pelbagai label jahat lain. PAS juga digambarkan sebagai parti yang sanggup menjual prinsip perjuangan Islam, sekali gus mengetepikan kepentingan Melayu, dek keghairahan untuk "memeluk kuasa".
Dalam ucapan penangguhan, pada 3 Dis, Najib Razak, menuruti jejak Muhyiddin, dengan turut menimbulkan isu sama, sambil cuba menampilkan imej Umno sebagai pelindung bangsa. Melayu digambarkan berada di tepi jurang dalam, yang akan terjunam jatuh jika mereka memilih Pakatan sebagai kerajaan persekutuan.
Nada amaran dipertegaskan Najib: "Tunggulah kehancuran, akan terbangsatlah Melayu, merempat di tanah sendiri." Segera saya teringat lirik lagu yang sering didendangkan dalam program Biro Tata Negara (BTN), Anak Kecil Main Api: "... bumi dipijak milik orang ... hasil mengalir ke tangan yang lain, pribumi merintih sendiri ..." Ya, masih tidak berubah Umno, selain terus memainkan lagu lama, bagi meruntun emosi dan perasaan orang Melayu, sedangkan parti itulah yang menerajui kuasa sejak merdeka!
Untuk melengkapkan lagi "ancaman terhadap orang Melayu", Najib turut menyimpulkan: "... Andainya Umno sudah tersungkur rebah dan andainya Umno lenyap, apakah masih terjunjung Islam yang suci? Apakah masih terpandang mulia orang Melayu? Apakah masih disanjung raja-raja kita?" Wah, sadis sekali!
DAP telah dilabel sebagai parti rasis dan orang Melayu di dalam Pakatan Rakyat disifatkan sebagai pak turut golongan Cina. Seolah-olah apabila Pakatan menguasai Putrajaya, maka yang menerajui kerajaan adalah pemimpin DAP.
Ini memaksa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyanggahnya: "Dalam Pilihan Raya Umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan KeADILan 97. Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan? Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu."
Dua hari selepas berakhirnya persidangan Umno, di Shah Alam, berdepan ribuan anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Najib melanjutkan misinya. Katanya, jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam, adalah dengan mengekalkan kerajaan Umno-BN.
Selain mendakwa pakatan pembangkang akan menghakis hak istimewa Melayu, dan menggadai maruah Islam, Najib melempar fitnah yang diulanginya semasa perhimpunan Umno: "Belum lagi berkuasa, mereka telah berhasrat untuk mengurangkan separuh daripada kakitangan awam, termasuk para guru, anggota polis dan tentera. Siapa yang jadi mangsa kalau ratusan ribuan penjawat awam dibuang kerja mengikut perancangan mereka itu? Mereka juga ingin mengubah bendera Malaysia, mencemar kemuliaan Raja-Raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar untuk membantu orang-orang Melayu dan Bumiputera."
Najib menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur berhubung hak-hak istimewa orang Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan. "Jangan sekali-kali mereka (orang bukan Melayu) mencuit perasaan orang-orang Melayu dengan hendak ubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu merdeka dahulu," ujarnya.
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun kerana mengasihani-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah) Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu.")

(Setiausaha Agung DAP, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Perdana Menteri membuktikan segala tuduhannya itu. Jika tidak, menurut beliau adalah lebih baik bagi Najib mengeluarkan “sijil kematian" untuk 1Malaysia yang diciptanya itu. "Adakah dengan memainkan sentimen perkauman terhadap orang Melayu dan melaungkan diri sebagai pembela bangsa itu memberi hak kepada Umno untuk melibatkan diri dalam skandal RM250 juta “lembu dan kondo” melalui syarikat keluarga seorang menteri persekutuan Umno?" tegas Guan Eng).
Meskipun perbahasan perhimpunan Umno tidak disiarkan secara langsung sepertimana pernah diusahakan Astro di zaman Abdullah Ahmad Badawi -- yang kemudiannya menyebabkan masyarakat Cina bertindak nekad dalam PRU12 -- maka apa yang dilafazkan Najib dan Muhyiddin (yang disiarkan TV), termasuk di hadapan Pekida, umpama telah menamatkan peluang BN untuk mendekati pengundi Tionghua.
Sebelum ini mungkin yang tercedera hanyalah wajah Muhyiddin, tetapi kini palitan hodoh perkauman itu terpercik ke muka Najib. Saya tidak pasti mengapa Najib seperti sudah putus harap untuk meraih sokongan pengundi Cina. Sedangkan masa sama, sikap politik masyarakat Melayu yang terdedah dengan pelbagai medium informasi, semakin terbuka. Ataupun Umno tetap yakin kecenderungan mengundi majoriti orang Melayu tetap bersama mereka dan jalan mengekalkan sokongan itu adalah dengan terus menimbulkan sentimen perkauman?
Atau mungkin ini penyakit tradisi yang menimpa mana-mana pemimpin atau parti yang berada di ambang kejatuhan? Mereka gagal membaca maksud isyarat atau mesej yang jelas terpampang di hadapan mata?
Justeru, saya bersetuju dengan pandangan beberapa tokoh, termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Annuar Musa bahawa masalah besar parti itu bukannya isu "winnable candidate" tetapi mampukah Umno meletakkan dirinya sebagai "winnable party"?
Dalam siaran berita Awani, Annuar berkata, makin diperkatakan soal "calon boleh menang", maka tergambar seolah-olah isu calon ini merupakan krisis besar kepada Umno sedangkan persoalan lebih penting apakah Umno itu sebuah "parti boleh menang"?
Dalam pada itu, kesimpulan yang dibuat Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS, dalam surat terbukanya kepada orang Melayu, menarik perhatian: "Ucapan berapi dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini lebih banyak membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga membengkak tangan. Adapun yang faham pula berubah wajah kerana kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri."
Dan tepat sekali rumusan Ustaz Hadi: "Sudah tiba masanya orang Melayu memberi peluang kepada Umno berehat atau bersara atau berhenti terus."

Dan tepat sekali rumusan Ustaz Hadi: "Sudah tiba masanya orang Melayu memberi peluang kepada Umno berehat atau bersara atau berhenti terus."-Hrkhdly
No comments:
Post a Comment