Saturday, July 2, 2011

Timbalan Pengerusi SPR Alat politik UMNO BN - Azmin Ali

             SPR tidak harus terus tersasar dari landasannya yang menuntutnya bertanggungjawab menyelia dan mengelola pilihan raya tanpa memihak kepada mana- mana parti politik, seperti yang termaktub dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
            Jika perancangan sebegini yang dilakukan oleh SPR, jelas memperlihatkan bahawa pilihan raya di Malaysia sememangnya masih belum bebas dan adil. Justeru itu 'Bersih' diwujudkan hanyalah untuk memperbetulkan sistem pilihan raya yang punah ranah semenjak dikendalikan oleh SPR yang kini dan selamanya di bawah telunjuk Umno-BN.       
            Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa SPR adalah dalang dan barua kepada Umno-BN dalam setiap kali pilihan raya.

Artikel penuh kenyataan Azmin Ali..
Tindakan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang menyerang peribadi pengerusi Gabungan Pilihan Taya Bersih & Adil (BERSIH 2.0) memperlihatkan sikap sebenar Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam, betapa beliau adalah 'alat' kepada UMNO BN selama ini.

Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata Wan Ahmad sebagai penjawat awam tidak seharusnya secara terang- terangan menunjukkan kecenderungan politiknya berikutan jawatan yang dipegangnya adalah amanah dan kepercayaan daripada rakyat marhaen.

"Kenyataan sebegini tidak mengambarkan sikap profesional seorang pegawai yang memegang amanah dan tanggungjawab untuk menjamin institusi SPR kekal sebagai badan yang bebas.


"Adalah malang apabila Wan Ahmad gagal memperlihatkan profesionalisme sebagai penjawat awam yang seharusnya bersifat berkecuali. Ketaatan membuta-tuli beliau kepada UMNO jelas membuktikan beliau gagal membezakan keperluan untuk setia kepada kerajaan sedia ada dengan taat kepada parti," kata Azmin.

Semalam, pada forum "Tuntutan Bersih — Apa Penjelasan SPR?" Wan Ahmad mendakwa Datuk Ambiga Sreenevasan telah diperalatkan oleh pemimpin politik dalam menggerakkan himpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan berlangsung minggu hadapan.

Sehubungan itu, Azmin berkata jika Wan Ahmad enggan membezakan peranan dan tanggungjawabnya sebagai penjawat awam, beliau seharusnya meletakkan jawatan lantaran ia makin memburukkan imej SPR yang sedia kelam dimata rakyat yang celik perlembagaan persekutuan.

Malah Azmin turut mencabar Wan Ahmad supaya masuk ke gelanggang politik UMNO dan menyertai Pilihan Raya Umum ke-13, jika benar beliau berminat untuk menjaga nama dan maruah UMNO.

Azmin melalui kenyataan medianya berkata, tindakan UMNO BN yang semakin agresif menyerang Pakatan Rakyat disusuli dengan tindakan SPR yang mengumumkan pelbagai syarat baru pilihan raya yang semestinya cenderung kepada UMNO BN, seolah olah memberi petunjuk bahawa pilihan raya umum ke- 13 semakin hamppir.

"Jika perancangan sebegini yang dilakukan oleh SPR, jelas memperlihatkan bahawa pilihan raya di Malaysia sememangnya masih belum bebas dan adil."

Azmin menegaskan SPR tidak harus terus tersasar dari landasannya yang menuntutnya bertanggungjawab menyelia dan mengelola pilihan raya tanpa memihak kepada mana- mana parti politik, seperti yang termaktub dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Azmin juga mendakwa, beliau telah menyahut cabaran Wan Ahmad untuk membuktikan bahawa Daftar Pemilih Induk 2010 sebagai "daftar pemilih yang terkotor dalam sejarah pilihan raya.

"Dakwaan saya telah diakui benar oleh SPR dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausaha SPR, Kamaruddin Mohamed Baria bertarikh 24 Jun 2011.

Beliau merujuk kepada pengakuan oleh Kamaruddin sebelum ini berhubung kewujudan sejumlah 'pengundi hantu' di rumah ibunya, di mana terdapat lima orang Cina dan seorang Melayu yang tidak sepatutnya didaftarkan di rumah berkenaan.

"Wan Ahmad harus memikul tanggungjawab ini dan meletakkan jawatan serta merta. Beliau tidak lagi punyai maruah dan kredibiliti untuk memimpin SPR," ujar Azmin-Tvsnews.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...