Di sebuah negara seperti Malaysia, kebebasan bersuara dan berkarya merupakan salah satu jaminan prinsip demokrasi. Pada pandangan kami SN Datuk (Dr) A. Samad Said hanya memanfaatkan bakat seninya untuk menzahirkan pandangan serta tafsirannya terhadap isu semasa berhubung proses pilihan raya negara ini.
Sebagai sebuah karya sastera, “Unggun-Bersih” sepatutnya diterima sebagai sebuah puisi kontekstual penyair dengan anggota masyarakatnya, dan berada di atas perkiraan politik
Artikel penuh kenyataan Sasterawan Negara ..
Empat Sasterawan Negara hari ini menggesa kerajaan memberikan kebebasan kepada masyarakat, pengarang dan seniman dalam menyuarakan pandangan dan menghasilkan karya mereka.
Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama oleh Datuk Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Dr Anwar Ridhwan.
Mereka mengatakan terpanggil selepas Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said disiasat polis berhubung puisi ‘Unggun Bersih’ yang dibaca semasa pelancaran Bersih 2.0 pada 19 Jun lalu.
“Di sebuah negara seperti Malaysia, kebebasan bersuara dan berkarya merupakan salah satu jaminan prinsip demokrasi. Pada pandangan kami SN Datuk (Dr) A. Samad Said hanya memanfaatkan bakat seninya untuk menzahirkan pandangan serta tafsirannya terhadap isu semasa berhubung proses pilihan raya negara ini.
“Sebagai sebuah karya sastera, “Unggun-Bersih” sepatutnya diterima sebagai sebuah puisi kontekstual penyair dengan anggota masyarakatnya, dan berada di atas perkiraan politik,” tegas mereka.
Menurutnya lagi, penulis berperanan memindahkan denyut kehidupan anggota masyarakat ke dalam karya atau menzahirkan dalam pelbagai bentuk manifestasi atau tindakan yang difikirkan sesuai.
“Kami berharap ahli masyarakat, pengarang dan seniman akan terus diberi kebebasan untuk berkata dan berkarya, kerana ucapan setiap warga negara dan karya sastera dan seni setiap seniman penting bagi sebuah budaya yang matang, serta memberi corak kepada tamadun sesuatu bangsa.
Justeru itu mereka menggesa kerajaan membebaskan semua aktivis Bersih yang ditahan menjelang perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini dengan segera dan berharap semua pihak dapat membuka pintu rundingan.
“Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan,” ujarnya.-K/Daily
No comments:
Post a Comment