Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Tuesday, July 5, 2011
PAS akan akur keputusan Bersih 2.0
PAS akan akur dengan sebarang keputusan Bersih 2.0 dan sehingga kini ia tidak dibatalkan lagi, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Mohamad Sabu menegaskan, sehingga kini Bersih tetap tidak berganjak dengan keputusan itu kerana tiada sebab untuk Bersih membatalkannya.
Menurut beliau, perhimpunan aman itu diadakan untuk mendesak Kerajaan BN melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil, setelah pilihanraya di negara ini tidak pernah diadakan dengan bersih dan adil seperti yang dikehendaki oleh rakyat.
Katanya, jadi soal membatalkan perhimpunan itu tidak berbangkit sebab Bersih tidak membatalkannya, manakala PAS pula tetap menyokong keputusan yang akan diambil oleh Bersih berhubung perhimpunan
berkenaan.
"PAS percaya bahawa asas penyebab bantahan itu perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan keikhalasan oleh Kerajaan BN yang memerintah negara kita sekarang," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Pada sidang media itu, beliau turut membaca kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menjelaskan tentang pendirian PAS yang menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad, 3 Julai lalu mengenai Himpunan Aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan sekarang.
Sehubungan itu, seperti yang ditegaskan oleh Abdul Hadi, menurut beliau, PAS akan menghantar wakil dalam jawatankuasa pemandu Bersih untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menjelaskan tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil.
Katanya, PAS akan mempersembahkan antara lainnya isu berhubung tindakan melampau yang dilakukan polis dalam usaha pasukan berkenaan untuk menghalang perhimpunan Bersih.
"Kini, kita dalam proses mengutus surat kepada Tuanku dan tarikh untuk kami mengadap Tuanku itu pula bergantunglah kepada Tuanku menentukannnya," jelasnya.
Turut hadir pada sidang media itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.
Sementara itu, ketika ditemui selepas sidang media itu, beliau berkata, walau apa pun alasan yang diberikan, tujuan Pemuda Umno, Perkasa dan pasukan silat yang diketuai oleh Omar Din untuk turut mengadakan perhimpunan pada hari yang sama dengan Bersih 2.0, ternyata untuk melakukan provokasi.
"Pemuda Umno, Perkasa dan Omar Din sendiri menjelaskan yang mereka tidak boleh mengawal orang-orangnya untuk tidak melakukan kekacauan pada perhimpunan itu.
"Ini amat berbeza dengan Bersih yang sememangnya boleh memberikan jaminan bahawa para penyokong Bersih atau pesertanya tidak akan melakukan kekacauan.
"Mereka tak boleh kawal, tetapi kita boleh kawal. Tapi jika mereka tak boleh kawal, kenapa mereka nak adakan perhimpunan pada hari yang sama juga? Jadi ini jelas bertujuan untuk melakukan provokasi," katanya.--Hrkh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment