Monday, July 4, 2011

Lucut kerakyatan Ambiga, ‘sesuai’ di negara kuku besi

        Ali Rustam tidak layak jadi Ketua Menteri di negara demokrasi kerana tidak tahu apa itu demokrasi. Beliau masih lagi mengamalkan sikap primitif yang tidak bertamadun .Seharusnya beliau sebagai Ketua Menteri lebih bersikap terbuka dengan menjawabkan sesuatu isu biar nampak cerdik supaya dapat memberi manfaat dan tauladan untuk semua bukan dengan emosi yang nampak bodoh dan tak masuk akal. 
       Perbuatan sedemikian hanya memalukan negara. Saya syorkan Ali Rustam baca Perlembagaan Negara. Melucut taraf warganegara seseorang tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya. 
Artikel penuh kenyataan N Surendran ..
Cadangan Datuk Seri Ali Rustam untuk melucutkan kerakyatan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Datuk S Ambiga menunjukkan Ketua Menteri Melaka itu jahil Perlembagaan Negara, kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.
“Kenyataan  itu menunjukkan beliau seorang yang ekstrim, fanatik, dan jahil dengan sistem Perlembagaan Negara.

“Ali tidak layak jadi Ketua Menteri di negara demokrasi kerana tidak tahu apa itu demokrasi. Perbuatan sedemikian hanya memalukan negara,” katanya ketika dihubungi KeadilanDaily, hari ini.
Justeru, beliau mengesyorkan Ali supaya membaca Perlembagaan dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan dangkal.
“Saya syorkan Ali Rustam baca Perlembagaan Negara. Melucut taraf warganegara seseorang tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.
“Ambiga tidak pernah menyeru supaya mengadakan perhimpunan yang mendatangkan huru-hara. Pemimpin Barisan nasional (BN) dan polis yang sengaja buat tuduhan sebegitu.
“Lihat Bersih 2007, ia berlangsung aman sebelum polis membuat huru-hara,” kata beliau.
Surendran berkata, sikap Ali tidak ubah seperti pemerintah negara yang mengamal pemerintahan kuku besi.
“Sikap beliau yang tidak boleh terima kritikan daripada rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) dan pembangkang, tidak patut berlaku di negara demokrasi,” katanya.-Kdaily

2 comments:

Anonymous said...

Kuku besi tak kuku besi kalau Ali tak buat gitu lagi kurang ajar bangsa pendatang ni. Alaaa, democracy is only a word and state of mind. Tengok negara yang konon amalkan liberal demokrasi seperti amerika, bila dia nak gunakan kuasa white supremacy perkataan demokrasi hilang untuk kepentingan tenteranya yang dilakukan di timur tengah sekarang. Bagus Tun Ali jangan bagi muka kalau N. Surendran fikir Malaysia tak cukup DEMOKRASI, aaaaa....berambus daa.

rubijum said...

Salam.. Saudara Martoiriat.. sebagai sudara seislam saudara sanggup menyokong seorang yang menetang Islam secara terang-terangan dan seorang yang membantu mermurtadkan seorang Islam. Amat murah maruah saudara kerana mengharap sedikit kelebihan dari segi politik, Banyak cara lagi yang bolih diambil untuk memyampai maksud kita.

Seoarng Kalifah Islam Mauwiyiah semass ditawarkan olih Kerajaan Rom untuk menghapuskan musuhnya telah menolak dengan alasan dia tidak akan mengadai maruah semata untuk berkuasa dan menetang saudara seislamnya, walhan Khalifah Muawiyah terus menetang musuh politiknay sehingga terbentuk Bani Umaiwiyiah.

Disini Saudara dan konco2 saudara telah lupa bahawa di mana kisah Lina Joy, Interfaith Council dan lain-lain lagi semata2 untuk kempentingan sempit politik saudara.

Salam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...