Thursday, July 14, 2011

Bersih 2.0 : Perbaiki Kebebasan Bersuara, Kata Timbalan Menteri Umno

           Saya mahukan hak kebebasan bersuara di negara ini diperbaiki. BN perlu memperbaiki komunikasi politiknya kerana perhimpunan Bersih telah memberi kesan.  saya juga tidak bersetuju dengan komen-komen biadap yang dilontarkan terhadap Bersih…ini kerana saya mendokong politik sihat dan aktif
          Saya berjuang untuk membawa cara baru dalam pemikiran politik berasaskan kewibawaan, rangka kerja kerajaan baru dan pemikiran politik progresif serta amalan demokrasi berinovatif.
        Pihak berkuasa dan unsur-unsur di dalam Umno sebelum ini dilihat mengambil pendirian kuku besi terhadap Bersih. Belum pun perhimpunan itu diadakan Sabtu lalu,

Artikel penuh kenyataan Datuk Saifuddin Abdullah
Seorang Timbalan Menteri hari ini menggesa Barisan Nasional mengambil iktibar daripada perhimpunan Bersih Sabtu lalu untuk memperbaiki ruang kebebasan bersuara di negara ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Komen tajam Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah itu menjadikannya ahli Kabinet pertama mempersoalkan pendekatan kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0 bagi menuntut sistem pilihanraya adil dan telus itu.


Saifuddin menegaskan beliau tidak menyokong Bersih mahupun perhimpunan berkenaan, namun dukacita dengan serangan tidak senonoh terhadap gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu, Malaysian Insider melaporkan.

“Saya tidak sokong Bersih mahupun perarakannya. Namun saya juga tidak bersetuju dengan komen-komen biadap yang dilontarkan terhadap Bersih…ini kerana saya mendokong politik sihat dan aktif,” tambah beliau.

“Saya berjuang untuk membawa cara baru dalam pemikiran politik berasaskan kewibawaan, rangka kerja kerajaan baru dan pemikiran politik progresif serta amalan demokrasi berinovatif,” tambahnya.

“Saya faham apa yang diperkatakan oleh Bersih… ia tidak bermakna saya menyokong mereka. Jika saya bersetuju dengan satu daripada tuntutan mereka pun tidak bermakna saya menyokong mereka,” kata Saifuddin.

“(Namun) saya mahukan hak kebebasan bersuara di negara ini diperbaiki. BN perlu memperbaiki komunikasi politiknya kerana perhimpunan Bersih telah memberi kesan,” tambah beliau.

Pihak berkuasa dan unsur-unsur di dalam Umno sebelum ini dilihat mengambil pendirian kuku besi terhadap Bersih. Belum pun perhimpunan itu diadakan Sabtu lalu,

Polis menahan penyokong Bersih di seluruh negara dan menggambarkan gerakan itu sebagai cubaan untuk menggulingkan kerajaan yang didalangi oleh pelampau yang kononnya mahu menghidupkan fahaman komunis.

Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram walaupun tujuannya hanya untuk menuntut pilihanraya yang adil dan telus.

Najib sendiri mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dengan menggambarkan Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan sebagai musuh Islam kerana membela anak guamanya dalam sebuah kes murtad.

Sabtu lalu, puluhan ribu orang daripada pelbagai bangsa menongkah arus tembakan gas pemedih mata. dan air berkimia serta tangkapan rawak oleh polis untuk turun ke Kuala Lumpur bagi perhimpunan Bersih 2.0.-Tvsnews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...