Friday, July 8, 2011

Kuala Lumpur milik rakyat Malaysia, jumpa di Stadium Merdeka esok- Bersih


        Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) menegaskan bahawa Kuala Lumpur adalah milik semua rakyat Malaysia dan kerajaan tidak berhak untuk melarang mereka memasuki bandaraya itu..
          Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi NGO itu, Bersih mengingat rakyat  tidak kira samada kerajaan melarang atau tidak, himpunan aman tetap akan diadakan di Stadium Merdeka esok


“Kami akan berhimpun secara aman dan jumpa anda di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.NGO itu juga secara sinis menegaskan Kuala Lumpur bukan milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Pihak berkuasa terlupa bahawa Kuala Lumpur ialah ibu kota kami. Malaysia yang tercinta ini milik semua rakyat dan bukan milik Najib dan Rosmah,” kenyataan Bersih yang dipetik.

Semalam, pihak polis mengeluarkan perintah larangan mengharamkan 91 individu termasuk pemimpin bersih, masyarakat sicil dan pemimpin politik memasuki Kuala Lumpur pada himpunan aman Sabtu ini.
Daripada 91 individu yang dilarang, seramai 66 orang adalah dari kumpulan Bersih 2.0 termasuk pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan dan beberapa ahli jawatankuasa pemandunya.
Manakala ahli politik Pakatan Rakyat terdiri Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presidennya Datuk Seri Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu.
Turut dilarang adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.
“Ini melambangkan penafian kebebasan untuk bergerak. Mereka yang berkuasa lupa bahawa ibu negara kita, seperti tempat-tempat lain di negara yang kita cintai dimiliki oleh rakyat dan bukannya oleh kerajaan.
“Tidak ada sebab bagi mengharamkan sesiapa sekalipun daripada memasuki ibu negara. Kami telah nyatakan berulang-kali bahawa Bersih 2.0 cuma ingin melaksanakan hak perlembagaan untuk berhimpun secara aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.”
“Tidak kira berapa teruk kita ditindas atau didakwa, suara rakyat yang aman akan didengar di Kuala Lumpur 9 Julai ini,” jelas kenyataan tersebut.
Menurut Bersih, pihaknya memberi jaminan akan mematuhi semua prinsip-prinsip kesopanan dan tingkah laku awam dan Najib tidak perlu menunjukkan kuasanya sebagai diktator.
“Bersih 2.0 akan memastikan perhimpunan aman di Stadium Merdeka dan situasi menang-menang untuk semua,” jelas kenyataan tersebut.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...