Tanpa Pakatan Rakyat, tidak mungkin Kerajaan BN akan mengiktiraf dua aktiviti baru budaya Cina itu dan memberikan kebenaran membakar mercun dan bunga api kerana ia ternyata dibuat kerana terdesak

Kerajaan BN telah mengambil jalan pintas dengan mengiktiraf dua aktiviti baru budaya kaum Cina bagi melupakan rakyat terhadap skandal-skandal besar yang berlaku dalam negara.
Dua aktiviti budaya baru yang diiktiraf itu melibatkan perarakan bendera besar dari Pulau Pinang dan perarakan satu tokong Cina terbesar di Johor sekitar 6 Februari ini.
Naib Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Vincent Lee berkata, pengiktirafan tersebut dibuat sempena sambutan tahun baru Cina Sabtu lalu di Setiawan Perak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ternyata bermotifkan politik.