Sunday, October 30, 2011

UMNO Guna Taktik 3R Tarik Sokongan Melayu

Untuk itu strategi mereka mempermainkan isu-isu bersifat 3R iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja)


                Dalam rancangan Umno untuk menawan balik Selangor dan Pulau Pinang, parti itu menumpukan usaha bagi menarik sokongan Melayu dengan bermain sentiment agama, perkauman dan institusi raja.
               Sambil menyifatkan pendekatan itu sebagai "3R" (race, religion, royalty) Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata ini dapat dilihat di dalam isu-isu seperti Mat Indera dan kritikan Sultan Johor terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Strategi ini digunakan setelah Umno merasakan yang ia telah hilang sokongan di kawasan bandar dan di antara komuniti bukan Islam, katanya.

"Dalam keadaan politik sekarang untuk memenangi pilihan raya Umno mengharapkan empat komponen iaitu undi Melayu luar bandar, undi peneroka Felda, undi pos dan undi daripada Sabah serta Sarawak.

"Untuk itu strategi mereka mempermainkan isu-isu bersifat 3R iaitu racial (perkauman), religion (agama) dan royal (raja). Manakala negeri utama sasaran mereka ialah Selangor, Pulau Pinang dan Perak," katanya di dalam satu laporan di laman lidah rasmi Pas, Harakahdaily.
Contoh terbaru aplikasi 3R ini adalah di dalam kes pakar perlembagaan Prof Aziz Bari, yang digantung tugas di Universiti Islam Antarabangsa, kata Mohamad, yang lebih dikenali dengan nama "Mat Sabu".

Aziz digantung tugas oleh institusi tersebut selepas sebuah komentar yang beliau tulis dikecam oleh penyokong dan blogger pro-Umno. Beberapa laporan polis juga telah dibuat keatas Aziz berhubung artikelnya.

Di dalam artikel itu, Aziz berhujah yang rakyat berhak mempersoal titah Sultan asalkan mereka tidak menyentuh kedudukan institusi Raja-Raja Melayu sendiri di dalam perlembagaan.

"Nampak macam seolah-olah Umno mendukung raja. Tapi saya nak ingatkan pada tahun 1993 semasa saya menjadi ahli parlimen, pernah speaker menggantung peraturan Dewan yang menghalang menyentuh soal raja-raja. Masa itulah mereka ‘belasah' raja-raja Melayu dalam isu kekebalan raja-raja dulu," kata Mat Sabu.-Tvsnews

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...