Wednesday, October 5, 2011

Saiful benci Anwar, suka publisiti, sokong BN PRU 2008- saksi

          Identiti dan watak sebenar Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dibongkar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, apabila peguam memanggil saksi terbaru mereka.
         Saksi misteri yang ditampilkan peguam itu adalah bekas rakan sekolej Saiful sendiri, yang pernah sama-sama menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Pendedahan saksi berkenaan mengesahkan lagi konspirasi yang dilakukan Umno-BN untuk menghancur dan menjatuhkan reputasi Anwar sebagai Ketua Pembangkang dengan tuduhan fitnah.

Mohd Najwan Halimi, saksi yang tampil mendedahkan watak sebenar Saiful Bukhari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini


Mohd Najwan Halimi dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung selepas mendengar keterangan Pengarah Jabatan Forensik, Jabatan Kimia, Lim Kong Boon.

Beliau kini bekerja sebagai pegawai di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Dalam keterangannya di mahkamah, Najwan memberitahu beliau mengenali Saiful sejak 2003 dan tinggal berdekatan biliknya di Uniten.

Namun katanya, Mohd Saiful yang menjadi Timbalan Presiden Perwakilan di UNITEN, lebih menonjolkan sikap “gila publisiti dan perhatian.”

“Saiful mahasiswa yang aktif dan mempunyai kualiti kepimpinan. Saya dan Saiful terlibat dalam program Baktisiswa.

“Dia ada kepimpinan tetapi suka publisiti,” katanya.

Menurut Najwan, program itu dilancarkan bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan Saiful ketika itu timbalan presiden program dan Setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar.

Semasa pemeriksaan utama oleh peguam SN Nair yang mewakili Anwar,Najwan juga merasa terkejut apabila Mohd Saiful memberitahunya ketika bertemu pada satu ceramah politik pada penghujung Februari 2008, bahawa beliau bekerja dengan Anwar.

Najwan berkata, beliau melihat laman sosial Friendster milik Saiful dan melihat banyak gambarnya dengan pemimpin BN iaitu Tan Sri Syed Hamid Albar, Datuk Mustapha Mohamed, Datuk Azalina Said serta Datuk Khairul Anaz Jusoh, pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya merasakan Mohd Saiful tidak layak menjadi pembantu Anwar, kerana kandungan laman sosialnya masih menyokong dan bersimpati dengan perjuangan politik BN, di mana beliau masih mengekalkan gambar-gambar yang diambil dengan pemimpin-pemimpin tertinggi BN,” katanya.

Malah Mohd Saiful, kata Najwan telah memuat turun gambar Anwar di laman Freindster dengan meletakkan kapsyen ‘Anwar pemimpin munafik’.

“Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan menyisytiharkan bahawa Anwar munafik,” katanya di mahkamah.

Menurut Najwan, Saiful juga pernah membantu kempen pilihan raya untuk Barisan Nasional (BN) pada 2008. Beliau menafikan Saiful mengagumi ketokohan Anwar, sebaliknya sangat membenci Ketua Umum KEADILAN itu, seperti diakui Saiful sendiri.

“Dia benci Anwar,” kata Najwan.

Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan menjelaskan beliau pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...