Saturday, October 15, 2011

Bagi IC segera, Polis jangan hanya nafi – AMK

Pemberian kad pengenalan segera itu dianggap mengesahkan dakwaan Pejabat Perdana Menteri Bangladesh baru-baru ini bahawa kerajaan Malaysia memberi kerakyatan mudah kepada warganegaranya dengan syarat mengundi Umno-BN.

             Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar segera menyiasat dakwaan berhubung kegiatan sindiket memberi kad pengenalan kepada warga asing.
             Kata Shamsul, dakwaan itu merupakan isu yang sangat serius melibatkan soal keselamatan negara dan polis tidak harus sekadar memberikan penafian.

“Pemberian kad pengenalan adalah satu pengkhianatan kepada negara yang membabitkan kedaulatam negara. Polis seolah-olah tidak peka dengan dakwaan ini dan hanya memberi kenyataan yang dianggap bodoh sombong,” tegas Shamsul.


Shamsul mengulas kenyataan Ismail omar yang enggan memberi komen berhubung isu tersebut dan hanya menjawab tidak menerima apa-apa laporan lagi.

Pada masa yang saman, Ketua Polis Daerah Sepang, Imran Abdul Rahman turut menafikan dakwaan itu dengan mengatakan ia tidak benar selepas menjalankan siasatan.

“Jangan hanya sekadar dengan penafian dan tidak dikemukan dengan fakta dan laporan. Semua orang boleh menafikan dan rakyat juga tidak bodoh dengan alasan penafian sebegitu,” katanya kepada Keadilandaily.com

Kelmarin, Pemuda Pas mengesan dan mengepung kumpulan disyaki sindiket di sebuah pusat peranginan di kawasan sekitar Putrajaya.

Dalam serbuan itu, Pemuda PAS telah mengepung seramai 240 pendatang asing, termasuk warganegara Indonesia, Bangladesh dan Kemboja yang didakwa diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pemilih.

Pemberian kad pengenalan segera itu dianggap mengesahkan dakwaan Pejabat Perdana Menteri Bangladesh baru-baru ini bahawa kerajaan Malaysia memberi kerakyatan mudah kepada warganegaranya dengan syarat mengundi Umno-BN.

Pemuda Pas dilapor mendakwa kegiatan itu berjalan rancak menjelang akhir September dan akan berterusan hingga Disember tahun ini – dengan andaian pilihan raya umum mungkin diadakan Februari- K/Daily

________________________________________________

Resort didakwa kumpul pendatang dapat IC dikepung

PAS hari ini berjaya mengesan satu operasi yang disyaki cuba memberikan warganegara kepada lebih 200 penduduk tetap (PR) di sebuah resort berhampiran Putrajaya di sini.


Kesemua yang majoritinya warga Indonesia itu didakwa dibawa dengan bas dari negeri Johor untuk diberi MyKad yang dipercayai ada kaitan untuk pengundian pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.


Exco Pemuda PAS, Mohd Adram Musa (gambar) berkata pihaknya mendapat maklumat daripada perisikan jentera PAS berhubung perkara itu malam tadi yang mengatakan lapan buah bas membawa warga asing akan menuju ke Putrajaya untuk diberi MyKad.


Sehubungan itu, beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat Pemuda PAS bersama beberapa anggota dewan itu kemudiannya menunggu bas-bas tersebut yang tiba di Masjid Putra, Putrajaya kira-kira jam 7 pagi.


Bagaimanapun hanya enam buah bas didapati tiba di Putrajaya yang didapati beredar beberapa jam kemudian.


Kepung resort


Mereka mengekori bas-bas tersebut sehingga ke sebuah resort di sini.


Bas-bas berkenaan bagaimanapun beredar dari situ, dan meninggalkan kumpulan penumpang tersebut di resort berkenaan.


Petugas media yang kemudiannya tiba di situ kira-kira jam 1.30 tengahari juga sempat melihat sebuah kereta Proton Tiara dipercayai membawa 'ketua operasi' itu memecut laju keluar dari resort melalui jalan belakang.


"Saya sendiri masuk ke dalam resort berkenaan, dan mendapati memang warga asing di dalamnya.


"Kita tanya mereka bagitahu datang untuk kursus," katanya pada sidang media di sini.


Menurutnya, kehadiran mereka bagaimanapun tidak disenangi 'ketua' rombongan itu dan mereka mengambil pendirian untuk keluar dari kawasan resort tersebut yang pagarnya kemudian dikunci pemilik resort.


Ekoran itu juga mereka bertindak mengepung jalan masuk dari depan dan belakang resort tersebut.


Turut serta pada sidang media di hadapan resort itu AJK PAS Pusat Mazlan Aliman.


Sumber dalaman


Menurut Mazlan, beliau turut mendapat maklumat dari sumber dalaman yang tidak mahu bersubahat dengan operasi jahat itu.


"Dia hubungi saya bagitahu terdapat dokumen tebal dalam bas serta mendengar cakap-cakap penumpang bas yang mendakwa akan mendapat MayKad hari ini.


"Dia bagitahu saya maklumat ini kerana beliau tidak mahu bersubahat," katanya.


Menurut Mazlan lagi, beliau juga dimaklumkan sewaktu bas berhenti di Masjid Putra, beberapa pegawai Jabatan Pendaftaran Negara menemui ketua rombongan bas tersebut dan mengarahkan mereka ke sebuah resort di kawasan berdekatan ekoran rahsia operasi mereka didakwa sudah diketahui.


"Saya difahamkan ini trip ke sepuluh untuk operasi ini.


"Modus operandi mereka adalah untuk mengalahkan Pakatan Rakyat Selangor," tambahnya.


Dalam pada itu satu sidang media khas berhubung perkara itu akan diadakan di Parlimen esok.- Hrkhdly


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...