Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad kelihatan berusaha keras untuk membuat Perdana Menteri Najib Razak melengahkan pilihanraya umum ke-13, suatu perkara yang aneh mengambil kira yang Mahathir seharusnya sudah bersara.
Pada umur 85 tahun, beliau sepatutnya mengira rahmatnya dan memberi peluang kepada pentadbiran semasa untuk mengurus negara dengan bebas. Tetapi, negarawan yang masih cekap dan tajam itu bimbang di bawah Najib, Barisan Nasional akan terkubur dan segala yang telah dibinanya selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri dan penentu nasib 28 rakyat Malaysia akan hancur.Ya, Dr M memang seorang authoritarian, dan itu membenarkan jaringan kroni-kroni dan korupsi yang meluas wujud dan berakar di Malaysia. Sekiranya BN tumbang, maka akan berlakulah banyak perkiraan dan perhitungan, yang tidak mampu ditanggung oleh Mahathir dan kroni-kroninya. Maka persaraannya harus ditangguh buat sementara.
Keretakan-keretakan sudah pun timbul dengan kroni-kroni Mahathir menjadi tajuk berita. Penyiasatan rasuah Ananda sudah pun bermula di India, dan penelitian umum terhadap pertukaran saham MAS-Air Asia semakin meningkat, yang tela mendedahkan hubungan antara Mahathir dan Tony Fernandes.
Tambahan lagi, adalah hakikat yang kepercayaan rakyat terhadap BN sudah semakin berkurang; dengan penyusutan sokongan terhadap MCA, Gerakan dan MIC daripada komuniti mereka dan konflik dalaman UMNO yang boleh membuat BN tidak lagi relevan di antara pengundi-pengundi muda.
Tamparan terhadap PM
Terkini, kekecewaan terhadap Belanjawan 2012 telah menunjukkan cara pemerintahan Najib; negara yang gemarkan pemberian telah memaksa Mahathir memberikan nasihat kepada golongan Melayu untuk mengubah pemikiran “percuma” mereka.
“Saya tahu ramai dalam negara ini yang suka benda percuma. Tetapi kita patut rasa malu apabila kita mengambil sesuatu secara percuma,” kata beliau dalam ucapannya apabila melancarkan Seminar Perpaduan Ummah dan Ekonomi oleh Persatun Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Malay Chamber of Commerce.
Mahathir, yang juga Presiden Perkim, berkata bahawa orang Islam, yang merupakan antara golongan termiskin di Malaysia, arus bekerja keras untuk memperoleh kewangan yang kukuh.
Ini adalah ulasan yang sangat aneh apabila kita mengambil kira langkah-langkah yang diambil oleh Mahathir untuk memberikan hak istimewa kepada golongan Melayu dan Bumiputera dalam ekonomi dan dunia perniagaan.
Adakah Mahathir berkata usaha menjanadaya golongan Melayu telah gagal, oleh itu BN harus kekal berkuasa untuk mencapai apa yang mereka gagal untuk lakukan? Dan di bawah Najib, adakah keadaan ekonomi golongan Melayu dan negara tidak berkembang?
Jika begitu, itu adalah tamparan yang hebat ke muka Najib yang penuh dengan skandal itu dan ini adalah petanda kepada muslihat politik yang patut diberi perhatian oleh beliau.
Masuk Muhyiddin
Najib yang hanya merupakan pengganti kepada Abdullah Badawi, merasa tertekan untuk membuktikan dirinya layak digelar Perdana Menteri. Beliau belum lagi mendapat mandat rakyat untuk memimpin Malaysia dan dengan PRU-13 semakin hampir, beliau ingin sekali mencipta satu arus ombak yang dapat membawanya ke tampuk kuasa untuk satu terma lagi.
Tetapi ini tidak mudah, kerana ada yang sudah mula berpaling kepada Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan orang nombor dua dalam UMNO yang dikatakan mendapat sokongan Mahathir untuk menjadi Presiden UMNO. Kedudukan nombor dua dalam UMNO secara tradisinya juga adalah kedudukan Timbalan Perdana Menteri. Untuk beberapa orang, ia adalah satu rahmat, dan untuk yang lain lagi, ia adalah kedudukan malang yang telah disumpah.
Adakah Muhyiddin Yassin akan mengambil risiko dan bertanding untuk kedudukan pertama di perhimpunan agung UMNO yang akan datang? Atau adakah Muhyiddin akan menunggu gilirannya dan akhirnya menggantikan Najib sebagai nombor satu dan Perdana Menteri?
Maka, bergantung kepada senario suram yang dihadapi BN dan UMNO; penangguhan tarikh pilihanraya akan memberi faedah sekiranya BN bertujuan untuk kekal berkuasa bersama atau tidak bersama Najib Razak sebagai pucuk pimpinannya. Ia akan memberi mereka lebih masa untuk meralisasi Belanjawan 2012 dan juga untuk meraih kembali sokongan yang sangat diperlukan daripada penyokong-penyokong mereka dan untuk membaiki masalah dalamannya sebelum berhadapan dengan undi.
Kurang manfaat untuk Najib
Tetapi, penangguhan pilihanraya adalah tidak baik untuk Najib.
Jadi, untuk menumpukkan lagi tekanan ke atas Najib untuk mengguh pilihanraya, Mahathir, orang lama dalam politik, dengan pantasnya menyatakan bahawa pilihanraya harus ditangguhkan selama yang mungkin kerana ia akan menyusahkan Pakatan Rakyat.
Pilihanraya Dewan Undangan Negeri bergantung kepada kerajaan negeri masing-masing samada untuk membubarkan dewan atau tidak. Sekiranya dewan di keempat-empat negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak dibubarkan, kita akan melihat pilihanraya hanya di negeri-negeri di bawah perintah BN, lapor Bernama di atas kenyataan Mahathir.
“Mereka sudah ada empat negeri di bawah mereka. Mereka akan menumpukan kepada negeri-negeri lain untuk meluaskan kuasa mereka. Tetapi, jika pilihanraya umum diadakan berdekatan dengan tarikh tamat mandat lima tahun, mereka tiada pilihan lain selain daripada membubarkan dewan negeri,” tambahnya.
Satu masih bijak, satu gemarkan pemikiran pendek
Ini adalah pemikiran bijak daripada Mahathir. Dengan sumber yang luas di tangan BN, Pakatan tidak mampu melawan di setiap penjuru – di Parlimen dan negeri. Dan sekiranya Najib mengikut pemikiran Mahathir, Pakatan akan berada dalam masalah besar.
Mahathir adalah seorang yang objektif dan mahaguru taktik, tidak seperti Najib; yang hidup di bawah sanjungan dan ramalan yang lemah. Peperangan yang berpanjangan adalah apa yang Mahathir mahukan, kerana Pakatan Rakyat tidak cukup bersedia untuk itu, tetapi Najib kelihatan lebih gemar pertempuran kecil dan pendek – selaras dengan gaya pemikirannya.
Seruan untuk menangguhkan pilihanraya tidak akan dilepas pandang oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan ramai yang akan dapat menilai logika hujahnya. Samada Najib akan dengar dan akur dengan cadangannya itu terbuka kepada perdebatan; yang hanya akan menghebatkan lagi teka-teki bilakah PRU-13 akan diadakan di Malaysia?
- Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment