Wednesday, October 12, 2011

Enggan disepina: Najib, Rosmah kebal undang-undang – Shamsul

keadaan itu jelas menunjukkan mahkamah diperkudakan demi kepentingan politik Umno-BN dengan menjadikan individu berkenaan kebal dari tindakan undang-undang. ia menyamai kes Fitnah I, apabila mahkamah dilihat tunduk kepada Tun Mahathir Mohamad yang enggan hadir sebagai saksi, meskipun keterangannya dianggap relevan.
           Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya dianggap kebal dari tindakan undang-undang apabila enggan dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
           Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas kenyataan Ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah yang menganggap Najib dan isterinya mempunyai keistimewaan kerana institusi kehakiman, telah menjadi perkakas Umno-Barisan Nasional.

“Dulu Najib dengan gahnya berkata bahawa dia tahu semuanya tentang Anwar dan kini dia sendiri memohon untuk membatalkan sepina.”

“Ia jelas menunjukkan Najib, Rosmah kebal dari undang-undang dan hanya sekadar mengulangi skrip Fitnah yang pertama iaitu di zaman Dr Mahathir,” kata Shamsul.


Menurut Shamsul, keadaan itu jelas menunjukkan mahkamah diperkudakan demi kepentingan politik Umno-BN dengan menjadikan individu berkenaan kebal dari tindakan undang-undang.

Jelasnya, ia menyamai kes Fitnah I, apabila mahkamah dilihat tunduk kepada Tun Mahathir Mohamad yang enggan hadir sebagai saksi, meskipun keterangannya dianggap relevan.

“Tapi dalam kes kedua, penyertaan (Najib) dilihat secara langsung apabila Najib sendiri yang buat kenyataan berbeza namun akhirnya mengaku berjumpa dengan Saiful,” kata beliau.

Laporan muka depan yang disiarkan akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan terbaru menyiarkan kenyataan Sivarasa yang mendakwa badan kehakiman tidak berfungsi secara bebas dan mengikut telunjuk apabila menerima permohonan Najib dan isterinya untuk membatalkan sepina supaya mereka jadi saksi dalam kes itu.

Menurut Sivarasa, sekiranya institusi itu bebas, keputusannya akan dilihat berbeza.
Beliau juga menegaskan Najib dan Rosmah merupakan saksi penting kerana kedua-duanya pernah bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum pemuda itu mendakwa diliwat Anwar.-K/daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...