Friday, October 21, 2011

Gantung Aziz Bari zalimi cendekiawan – Azizah

Golongan akademik juga seharusnya diberi ruang memberi komentar dan kritikan selagi ia bersifat membina dan berada dalam kerangka undang-undang negara. Sepatutnya kebebasan bersuara ini tidak harus disekat dan serta diberi ruang berhujah dan kritikan sebagaimana termaktub dalam perlembagaan negara  jika ianya bersifat membina untuk kebaikan semua. Janganlah jadikan isu politik untuk kepentingan UMNO-BN
          Penggantungan yang dibuat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terhadap Pensyarahnya, Aziz Bari dilihat merendahkan golongan akademik dan menzalimi cendakiawan, Kata Presiden KEADILAN.
          “Sesuatu memalukan dan menzalimi cendekiawan Malaysia apabila ditekan dan disekat hanya kerana memberi pandangan bersandar fakta imperikal yang sememangnya kepakaran mereka, sekaligus membantut proses penyuburan ilmu kepada rakyat,” kata Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya KEADILAN melihat tindakan pengurusan (UIAM) menggantung Profesor Dr. Abdul Aziz Bari sebagai merendah-rendahkan golongan akademik di negara.

Ini kerana katanya, Aziz Bari yang juga pensyarah hanya memberi pandangan mengenai isu tertentu berpaksikan kepakaran yang dimilikinya.


Beliau turut menyelar tindakan media dan politikus tertentu yang mempolemikan isu itu.
“Isu ini sepatutnya dianalisa ketepatannya terlebih dahulu dalam konteks perundangan dan bukan sekadar persepsi dari sesetengah pihak.

“Golongan akademik juga seharusnya diberi ruang memberi komentar dan kritikan selagimana ia bersifat membina dan berada dalam kerangka undang-undang negara,”
katanya,

Oleh itu, katanya, atas prinsip kebebasan akademik, KEADILAN berharap pengurusan UIAM mengendalikan isu itu dengan penuh hemah tanpa mencemar budaya ilmu.

Aziz Bari diberi tunjuk sebab oleh universiti itu sejak beberapa hari lalu kerana didakwa “memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti” dan diberi masa sehingga 25 Oktober ini untuk menjawabnya.

UIA juga menggantung tugas Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan selain dihalang memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti itu.

Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Aziz ialah pensyarah paling kanan di universiti itu dan sudah berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.-K/Daily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...