Pas Beri Amaran Kepada Umno Jangan Main Kotor Di Galas
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) memberi amaran agar Umno-Barisan Nasional tidak menggunakan taktik kotor demi meraih undi dalam Pilihan Raya Kecil Galas.
Setiausaha DPPP, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata usaha tersebut merupakan tindakan golongan terdesak atau desperado yang mahu mendapatkan kemenangan bagi mengembalikan momentum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.
"Pemimpin Umno-BN seakan terlupa soal dosa dan pahala apabila cuba memfitnah calon PAS, Dr Zulkifli Mohamad dengan memainkan isu beliau ditangkap khalwat.
"Kita menegaskan isu itu tidak pernah timbul dan hanya bersifat fitnah semata-mata kerana Dr Zulkifli tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kes khalwat.
Apa yang lebih mengecewakan, Umno-BN sekali lagi memainkan isu agama apabila cuba melaga-lagakan antara PAS dan DAP.
Ini merupakan usaha lapuk bagi menjarakkan pengundi khususnya yang beragama Islam daripada PAS dan DAP.
"Isu DAP “Harbi” seperti yang dislogankan sebenarnya tidak lain hanya mainan kotor pemimpin Umno. Lupakah mereka juga berkawan sejak sekian lama dengan MCA, MIC dan Gerakan yang sememangnya sekutu kuat parti tersebut.
"Mengapa mereka tidak menggelarkan MCA, MIC dan Gerakan, seperti mana mereka gelarkan terhadap DAP? Meskipun PAS berkawan dengan DAP dan berada dalam Pakatan Rakyat, PAS tidak sesekali menjual prinsip yang asas iaitu menegakkan sebuah negara Islam.
Tambahnya, DAP mengenali PAS sebagai sebuah Parti Islam dan menghormatinya sepertimana PAS menghormati DAP.
Khairul Faizi turut membidas Umno yang dianggap tidak layak bercakap soal agama kerana mereka sebenarnya yang merosakkan nilai agama dalam negara kita.
"Penganjuran konsert Adam Lambert, Festival Fesyen Islam, dan yang terbaru isu ETP (Pelan Transformasi Ekonomi) dimana hiburan dan kelab-kelab malam akan bertambah adalah petunjuk bahawa pemimpin Umno tidak layak bercakap soal agama Islam.
"Umno sepatutnya sedar bahawa selama 53 tahun merdeka, Islam tidak dimartabatkan, sebaliknya diruntuhkan," kesalnya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.-SK
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment