Pakatan Rakyat Hanya Mahu Ke Tampuk Kuasa Melalui Proses Demokrasi
PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat dengan menggunakan jalan demokrasi untuk mencapai cita-cita menubuhkan kerajaan persekutuan walau apa pun pelbagai label dan cercaan yang dilemparkan oleh Umno-Barisan Nasional kepada kepimpinan parti itu semasa kempen pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat berpegang kepada prinsip mendapat kuasa menerajui negara cara terhormat iaitu melalui proses pengundian yang telus dan luhur serta adil tanpa ada penipuan dan pembohongan dalam pilihan raya.
"Kita mahu mendapat mandat dan kuasa dengan cara yang terhormat dan bukannya dengan cara songlap atau pintu belakang.
"Walaupun Umno dilihat cuba meniupkan semangat kebangsaan Melayu secara berkobar-kobar dalam perhimpunan agung mereka baru-baru ini, namun ia tidak sedikit pun menggugat atau melemahkan semangat kita dalam PR.
"Mereka mendakwa kuasa Melayu akan hilang sekiranya Umno sudah tidak berkuasa lagi dalam arus pemerintahan negara. Apakah mereka tidak melihat kepada realiti yang ada sejak 20 tahun di Kelantan yang memerintah adalah PAS yang seratus peratus kemelayuannya dan siapa yang hilang kuasa di situ, " tegas Mohamad ketika berucap dalam majlis Jamuan Makan Malam Tabung Wisma DAP anjuran DAP Parlimen Bagan di Butterworth di sini Jumaat lalu.
Mohamad mendakwa pihak yang sebenarnya hilang kuasa adalah Melayu Umno dan bukannya orang Melayu keseluruhannya seperti mana sentimen yang sering dimainkan oleh Umno.
Tambah beliau lagi, dakwaan Umno yang mengatakan Melayu akan hilang kuasa adalah satu dakwaan merbahaya yang boleh mengelirukan segelintir masyarakat yang tidak memahami hakikat sebenar.
"Di Kedah juga PAS yang menang majoriti. Apakah kuasa Melayu turut hilang di sana. Yang hilangnya adalah kuasa Umno Kedah yang sudah tidak mampu lagi untuk melaksanakan kronisme dan penyelewengan. Bukannya kuasa politik Melayu kerana PAS masih lagi memberi pembelaan terhadap semua golongan masyarakat bersama PR," jelas Mohamad.
Beliau menyeru rakyat supaya tidak lagi terpedaya dengan omongan parti pemerintah seperti Umno, MCA, MIC dan juga Gerakan yang semakin lama semakin terdesak untuk mendapat kuasa sebelum menjelangnya pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.-SK
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment