Pas Tidak Bimbang Strategi 3M DUN Galas
Pas sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan gelombang 3 M yang dibawa Umno Barisan Nasional (BN) bagi mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil itu.
Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata 3M itu merujuk kepada Money, Machienary, Media atau wang (rasuah), jentera dan media yang menjadi sinonim kepada pimpinan Umno BN setiap kali pilihan raya kecil berlangsung.
Menganggapnya sebagai taktik lapuk, beliau berkata Pas akan cuba melawan amalan 3M itu melalui risalah penerangan kepada rakyat mengenai hal sebenar termasuk pengkhianatan dalam isu royalty minyak dan keupayaan kerajaan Kelantan sepanjang 20 tahun pentadbiran.
“Mereka guna 3M. Semua akan dilonggokkan di Galas dan itu menjadi kekuatan mereka. Kita akan cuba lawan balik melalui risalah dan memastikan ia sampai ke tangan pengundi.
“Kita terangkan pencapaian Pas Kelantan dan isu pengkhianatan pemimpin Umno Kelantan terhadap royalti minyak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Idris menyifatkan semua janji BN pada pilihan raya kecil hanya strategi memenangi hati pengundi sedangkan ia hanya permainan kata-kata Umno BN hanya sekadar 'melepaskan batuk ditangga' sebagaimana janji jambatan di Manek Urai.
Sebelum ini, kerajaan Pusat menawarkan jambatan baru yang dianggar bernilai RM7 juta hingga RM10 juta jika pengundi memilih BN dalam pilihan raya kecil DUN Manek Urai Julai tahun lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau juga mengesyaki Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berani mengetuai kempen pilihan raya Umno BN kerana bimbang dengan janji Manek Urai.- TVS
Aku hanya mencari kebenaran demi keadilan sejagat. Dilahirkan di bumi tuhan sebagai insan kerdil yang tidak mempunyai apa-apa. Negara ini penuh penipuan dengan cerita cerita dongeng dan sandiwara oleh orang politik. Kehidupan mereka penuh khayalan dengan memperkayakan diri tanpa simpati pada yang daif. Mereka angkut hasil bumi tuhan dari titik peluh rakyat untuk kepentingan mereka. Mandat rakyat dijadikan modal politik usang untuk memperkayakan kroni. Rakyat harus tolak pemimpin-pemimpin ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment