Friday, October 1, 2010

Jika Wang RM100 Haram, Wang Gaji Adun Umno Juga Haram, Pulangkan Balik

Wei Aik: Adun Umno, Pulangkan Duit Gaji, 'Haram'!
"Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima Adun Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan lebih 40 warga emas memulangkan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM100 berikutan propaganda media arus perdana, kononnya dana itu bersumberkan hasil judi.

Bercakap kepada TV Selangor, Wei Aik menganggap Umno merampas hak warga emas beragama Islam apabila mendalangi usaha dengan ‘memperbodohkan’ mereka dengan menyebarkan propaganda tidak bersandar fakta.

“Kesian mereka. Mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi jelas, Umno cuba merampas apa yang sepatutnya mereka dapat," kata ketika dihubungi dari Shah Alam, hari ini.

Kenyataan beliau senada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim yang mengecam tindakan Umno menakut-nakutkan warga emas.
.
Wei Aik berkata kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana syarikat menghulur sumbangan baik badan korporat mahupun kelab lumba kuda tetapi dana itu diasing mengikut kategori.
.
"Bantuan ini terletak di bawah pegawai kewangan negeri. Mereka boleh mengasingkan sumbangan tanpa ada masalah", katanya yang kesal kerana warga emas disogok maklumat tidak tepat dan percaya ia didalangi pimpinan Umno.

"Itu majlis yang diaturkan Umno. Tak adalah, mana boleh warga emas yang minta majlis macam itu. Ini memang didalangi mereka. Siapa yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu? Umnolah,” katanya lagi.-TVS
.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...