Friday, October 8, 2010

Bagi Memudahkan Pengundi Keluar Mengundi

Kelantan Mungkin Isytihar Cuti 4 Nov
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan mengisytiharkan cuti pada 4 November depan berikutan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon dan mengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas pada hari bekerja.

Menurut beliau, ini disebabkan tarikh PRK Galas yang jatuh pada Khamis, sehari sebelum cuti hujung minggu bagi negeri Kelantan.

"Kerajaan Kelantan kemungkinan akan mengisytiharkan cuti peristiwa pada 4 November ini, ianya bagi memudahkan pengundi untuk keluar mengundi, khususnya yang tinggal di luar kawasan.

"Urusan mengundi bukan perkara yang boleh dibuat secara main-main, dan sesuatu yang menyukarkan jika ianya jatuh pada hari bekerja.

“Jadi bila begini tentu sekali akan berlaku kelam kabut dan sebagainya bila hari mengundi jatuh pada hari bekerja,” kata Menteri Besar dalam blognya.


Nik Abdul Aziz melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan SPR tersebut yang menyusahkan pengundi terutamanya yang berada di luar Galas.

"Tindakan itu amat tidak wajar apa lagi sidang DUN Kelantan sedang berjalan ketika ini. Terus terang saya katakan SPR ni menjaga Umno-Barisan Nasional, langsung tidak jaga orang lain.

“Sepatutnya tanya juga pihak sini (Kelantan) bolehkah buat tarikh tu, dia (SPR) tahu waktu tu sidang DUN Kelantan sedang berjalan,” ujar beliau.

Beliau kesal tindakan SPR yang dilihat hanya menjaga kepentingan Umno-BN.

Ini kata beliau, akan membuatkan rakyat bertambah benci dan meluat terhadap Umno-BN.

"SPR hanya berfikir untuk menyenangkan Umno-BN sahja dengan mengenepikan kepentingan pihak lain," kata beliau.

Semalam, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika mengumumkan tarikh penamaan calon 26 Oktober ini, manakala tarikh mengundi pada 4 November.

Seramai 11,553 pemilih berdaftar layak membuang undi pada pilihan raya tersebut dengan sejumlah 11,426 pemilih adalah pengundi biasa manakala 127 pemilih pos.-SK

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...